Skip to playerSkip to main content
  • 9 months ago
Seorang lelaki ditahan selepas membakar kaunter daftar masuk dan menyerang skrin digital di Terminal 1 Lapangan Terbang Malpensa, Milan.
Transcript
00:00Ini pula lapangan terbang Malpensa di Milan, Itali kecoh apabila seorang lelaki bertindak membakar kaunter daftar masuk dan merosakkan skrin digital.
00:09Menurut persatuan lapangan terbang Lombardi, suspek kemudian berjaya ditahan oleh orang awam.
00:18Kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 11 pagi waktu tempatan.
00:22Rakaman video yang tular di media sosial menunjukkan suasana huru-hara di terminal 1 dengan api marak di salah satu kaunter dan seorang lelaki dilihat memukul skrin digital menggunakan tukul.
00:34Suspek kemudiannya dipukul menggunakan alat pemadam api dan ditumpaskan oleh beberapa orang awam yang menyaksikan kejadian.
00:41Pasukan bomba lapangan terbang berjaya memadamkan api tersebut.
00:45Kawasan tersebut terpaksa dikosongkan kerana asap tebal yang berisiko mengancam kesamatan.
00:50Motif kejadian masih belum diketahui.
00:52Insiden bagaimanapun tidak menyebabkan gangguan besar terhadap trafik udara.
00:56Pihak berkuasa Itali kini menjalankan sesata lanjut terhadap suspek.
Comments

Recommended