00:00Kumpulan penduduk kampung di barat daya Turki menuntut agar pemimpin dunia yang menghadiri persidangan iklim COP31 meninggalkan dewan persidangan untuk
00:09melihat sendiri kemusnahan alam sekitar akibat perlombongan arang batu.
00:14Bekas pegawai dan penduduk tempatan menegaskan komitmen iklim tidak sepatutnya hanya dizahirkan di atas kertas tetapi perlu dibuktikan dengan menyelamatkan
00:25kawasan hutan dan penempatan mereka dari terus dieksploitasi.
00:33Tuntutan aktivis itu dilihat bertepatan apabila persidangan bangsa-bangsa bersatu itu dijadwalkan bermula di Antalya dengan peralihan tenaga bersih menjadi
00:42antara agenda utama perbincangan.
00:44Sejak bertahun-tahun penduduk di kampung Ikizkoi berhampiran hutan Akhbilen berjuang mempertahankan tanah serta ladang zaitun mereka daripada pengembangan tapak
00:54lombong arang batu Lignit.
00:55Tapak perlombongan itu kini berada hanya beberapa ratus meter di belakang rumah kediaman penduduk sekaligus mengancam kelangsungan hidup komuniti setempat.
01:14Penentangan terhadap pengembangan hutan itu berdepan tindakan tegas dengan pasukan keselamatan didakwa menggunakan meriap air dan gas pembedih mata selain
01:22mengenakan denda serta penahanan terhadap penunjuk perasaan.
01:26Penjanaan kuasa arang batu menjadi sumber elektrik terbesar Turki tahun lalu menyumbang sebanyak 34% kepada keseluruhan bekalan tenaga negara
01:35itu.
01:36Badan bukan kerajaan Human Rights Watch menyifatkan tindakan tegas dan pendawaan ke atas pejuang alam sekitar itu sebagai sebahagian daripada
01:44tekanan lebih luas terhadap ruang sivik di Turki.
01:46Crackdown on environmental defenders and environmental organizations is part of wider attacks and wider crackdown in civic space in Turki.