00:00Perbezaan pandangan dan pendirian politik antara parti dalam kerajaan perpaduan tidak menjejaskan kelancaran pentadbiran kerajaan.
00:07Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zaid Hamidi berkata, hubungan kerja antara BN dan Pakatan Harapan PH dalam kerajaan kekal
00:16baik
00:16dengan urusan pentadbiran kementerian serta mesyuarat jemaah menteri berjalan lancar secara profesional.
00:23Tidak ada permasalahan dari segi hubungan. Kami mengendalikan kementerian dan mengadakan mesyuarat kabinet setiap minggu.
00:38Pelaksanaan kepada urusan dan pentadbiran kerajaan dilakukan secara profesional dan tidak pernah timbul perbedaan pendapat
00:50ataupun jauh dari segi perbalahan yang pernah berlaku selama lebih daripada empat tahun ini.
00:56Ahmad Zaid berkata demikian ketika diminta mengulas sama di isu pengampunan bekas Peranan Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
01:02berpotensi menjejaskan hubungan antara BNPH dalam kerajaan perpaduan.
01:08Mengulas selanjut, pengurusi BN itu berkata, perbezaan pendekatan dan pendirian politik antara parti perlu ditangani secara matang,
01:14terutama perbezaan politik di peringkat persekutuan dan negeri.
01:18Bagaimanapun, Zaid yakin kematangan politik negara yang disifatkannya hampir mencapai tahap optimum
01:24mampu memastikan perbezaan pendekatan itu tidak menjejaskan kestabilan politik negara.