Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
Barisan peguam sahkan tiada kutipan derma dibuat oleh ibu Allahyarham Zara Qairina ketika ini, dan perkhidmatan guaman diberikan secara pro bono. Dakwaan tular disifatkan sebagai tidak benar.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Peguam yang mewakili ibu kepada Allahyarham Zahra Khairina Mahathir, Noraida Lamad menafikan dawaan tular, kononnya anak guam mereka sedang mengutip derma untuk tujuan pribadi dan membayar yuran guaman.
00:13Barisan peguam dalam kenyataan bersama pada Khamis menjelaskan, nombor akaun yang tersebar di media sosial itu pernah digunakan untuk menerima sumbangan orang ramai beberapa hari selepas kematian Zahra, namun kutipan terbabit sudah dihentikan.
00:26Kenyataan bersama tersebut dikeluarkan Peguam Hamid Ismail, Shahlan Jufri, Rizwan Din Memborhan, Muhammad Luqman Shazwan Zabidi, Muhammad Syarul Nizam, Muhammad Saleh dan Farah Nasi.
00:37Jelas mereka lagi bahawa anak guam mereka tidak ada membuat sebarang kutipan derma ketika ini sama ada untuk dirinya sendiri atau untuk membayar yuran guaman.
00:46Katanya sebarang sumbangan wang hanya akan diterima secara fizikal oleh anak guamnya sendiri atau melalui wakil pertubuhan bukan kerajaan NGO yang diberi kuasa.
00:56Kenyataan bersama itu turut menyebut perkhidmatan guaman diberikan secara pro bono atau percuma.
Comments

Recommended