• 1 year ago
Mengulas lanjut, Saifuddin berkata aktiviti pengintipan merupakan satu bentuk usaha mendapatkan maklumat rahsia dan sensitif tanpa kebenaran untuk tujuan politik, ketenteraan serta ekonomi oleh pihak luar yang berkepentingan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kerajaan mengklasifikasikan ancaman pengintipan oleh elemen asing sebagai satu isu keselamatan negara yang sangat serius dan perlu ditangani secara menyeluruh.
00:10Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata pendirian tegas Malaysia dalam isu antarabangsa, khususnya Gaza, selain kewujudan pertubuhan bukan kerajaan NGO yang aktif memperjuangkan isu tersebut boleh menjadikan negara ini sasaran pengintipan asing.
00:25Tegas beliau pihak berkuasa bagaimanapun sentiasa memperkukuh keupayaan pengesanan dan pemantauan bagi memastikan keselamatan negara tidak terancam.
00:36Yang kedua perkara yang kalau ditanya kepada saya, kita punya keupayaan yang sangat baik dalam membuat perkesanan.
00:46Dalil, contoh-contoh yang telah kita senaraikan tadi, kita punya sejarah yang lama dan baru juga dalam mengesan aktiviti pengintipan.
00:56Yang jelas ialah, ianya satu potensi ancaman yang sangat serius, terutama dalam geopolitik negara kita sekarang.
01:07Boleh jadi kerana ketegasan tambun dalam isu Gaza misalnya, kuat mengkritik negara yang terlibat misalnya.
01:15Kemudian di negara kita ada sejumlah NGO yang aktif memperjuangkan isu itu.
01:20Sebab itu, negara kita boleh saja menjadi negara sasaran bagi negara Israel, umpamanya.
01:29Dia boleh.
01:29Sebab itu saya sebut aktiviti penyusupan ini boleh jadi ekonomi, boleh jadi politik, boleh jadi ketenteraan.
01:36Beliau menjawab soalan tambahan, ahli Parlimen Keteraih, Dato' Khalil Muhammad Nur mengenai berapa banyak negara asing yang menghantar perisikan mereka ke Malaysia
01:43dan sejauh mana kesan kepada keselamatan negara.
01:45Mengulas selanjut, Saifuddin berkata, aktiviti pengintipan merupakan satu bentuk usaha mendapatkan maklumat rahsia dan sensitif tanpa kebenaran bagi tujuan politik, ketenteraan serta ekonomi.
01:57Menurutnya, kegiatan pengintipan mempunyai modus operandi yang tersusun bermula dengan mengenalpasi sasaran, mengumpul data, melakukan profil lengkap terhadap individu atau organisasi sebelum memahami struktur dalaman organisasi berkenaan.
02:09Setelah maklumat dikumpul, mereka akan menggunakan pelbagai kaedah termasuk merekrut orang dalam dengan janji ganjaran atau memanipulasi individu dengan ugutan.
02:18Katanya lagi, Malaysia mengamalkan tiga langkah utama dalam benang ini ancaman berkenaan iaitu pencegahan, pengesanan dan penguatkuasaan.

Recommended