00:00Lembaga hasil dalam negeri LHDN telah mengeluarkan bayaran balik lebihan cukai berjumlah 9.35 bilion ringgit kepada lebih 3 juta pembayar cukai sehingga 30 Jun 2025, kata Kementerian Kewangan MOF.
00:14Dalam jawapan bertulis di laman sesawang Parlimen, MOF berkata daripada jumlah pembayar cukai yang terlibat, sebanyak 1.07 juta pembayar cukai telah menerima bayaran balik sepenuhnya yang berjumlah 2.73 bilion ringgit.
00:28Penjelasan MOF itu bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Stampin, Chong Chienjen, berhubung jumlah bayaran balik lebihan cukai yang tertunggak, faktor kelewatan dan tempuh masa pelaksanaannya.
00:41MOF menambah bayaran balik cukai untuk syarikat yang biasanya melibatkan jumlah lebih besar akan dibuat mengikut keutamaan dengan mendahulukan kes tertunggak lebih lama.
00:50Ini bagi memastikan semua pembayar cukai yang layak akan menerima sekurang-kurangnya sebahagian bayaran balik, contohnya dalam tahun ini, manakala bakinya akan disalurkan sama ada dalam tahun yang sama atau pada tahun berikutnya berdasarkan kedudukan kewangan kerajaan.
01:06Sementara itu, MOF berkata pengenaan cukai jualan kepada barangan bernilai rendah telah dilaksanakan bermula 1 Januari 2024 dan tidak terlibat dalam skop simakan semula cukai jualan.
01:17LVG dikenakan ke atas semua barang dari luar negara yang bernilai kurang daripada RM500 dan dijual secara dalam talian atau melalui online platform oleh penjual berdaftar.
01:29Jelas MOF mengenaan cukai LVG tidak melibatkan barang yang dikilangkan secara tempatan.
01:35Terima kasih telah menonton!
Comments