00:00ASEAN perlu merangka semula strategi ekonomi yang berani memandangkan rantau ini mengharungi pelbagai krisis pada satu masa.
00:08Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liu Chin Tong berkata, ASEAN harus membentuk kelas pertengahan untuk menjadikan rantau ini pangkalan pengguna, bukan sekadar pangkalan pengeluaran.
00:22Katanya mempunyai kelas pertengahan yang kukuh akan membantu meningkatkan pengaruh ASEAN ke atas rantau-rantau lain.
00:30Jika diimbas kembali sejak berakhir Perang Dingin dan Konflik Indochina pada tahun 1990-an, ASEAN telah berkembang dengan mencatatkan lonjakan dan lantunan dari segi ekonomi.
00:40Rantau ini juga melaksanakan strategi perindustrian berasaskan pengeluaran yang menjadikan Amerika Syarikat sebagai destinasi utama ekspor.
00:49Tambah Liu, ASEAN perlu berkembang lebih makmur selain menyeru dasar ekonomi yang empati dan inklusif.
00:55Menyentuh tentang perubahan iklim, rantau ASEAN dilihat paling terdedah katanya.
01:01Oleh itu, keberanian, keazaman politik dan pembiayaan segera adalah perlu untuk mengelakkan krisis.
01:08Setelah itu, grid tenaga ASEAN berupaya meningkatkan kesaksamaan dengan mebekalkan tenaga kepada rakyat yang terasing daripada mendapat akses.
01:16Manakala visi komuniti ASEAN 2045 pula menyediakan kerangka komprehensif untuk ASEAN yang berdaya tahan, inovatif, dinamik dan berteraskan rakyat.
Be the first to comment