Skip to playerSkip to main content
  • 7 months ago
Iran, China dan Rusia dijadualkan mengadakan rundingan di Tehran berhubung isu program nuklear Iran dan kemungkinan sekatan antarabangsa dikenakan semula menerusi mekanisme snapback Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), ketika Eropah memberi amaran tindakan mungkin diambil jika tiada kemajuan dicapai menjelang Ogos.
Transcript
00:00Iran, Rusia dan China dijadual mengadakan perbincangan di Teheran minggu ini berkaitan program nuklear negara itu serta risiko sekatan antarabangsa dikenakan semula melalui mekanisme snapback pertubuhan bangsa-bangsa bersatu PBB.
00:16Menurut jurucakap Kementerian Luar Iran, Esmail Barai, tiada rancangan meneruskan rundingan bersama Amerika Syarikat selepas lima pusingan rundingan tidak langsung sebelum serangan Israel bulan lalu.
00:30Terima kasih telah menonton!
01:00Pertemuan itu diadakan di peringkat Ketua Pengarah Kementerian Luar ke tiga-tiga negara.
01:10Perbincangan itu memfokuskan kebimbangan komuniti antarabangsa terhadap kebuntuan rundingan nuklear Iran serta risiko sekatan PBB dikenakan semula jika tiada persefahaman dicapai.
01:22Delegasi Iran dijadual mengadakan rundingan lanjut bersama Britain, Perancis, Jerman dan wakil Kesatuan Eropah di Istanbul pada Jumaat.
Comments

Recommended