Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
Sekurang-kurangnya 13 pekerja lombong maut manakala 20 lagi cedera selepas sebuah bas terjunam ke dalam gaung sedalam 25 meter di Yakutia, Rusia awal pagi Isnin. Nahas dipercayai berpunca daripada pemandu yang hilang kawalan sebelum terbabas di jalan industri milik Loji Perlombongan dan Pemprosesan Denisovsky.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Sekurang-kurangnya 13 maut manakala 20 yang lain cedera dalam satu nahas bas di wilayah Yakutia, Rusia awal pagi Isnin.
00:09Dalam kejadian pada jam 3.20 pagi waktu tempatan, bas yang membawa pekerja logi perlombongan arang batu terbabas lalu terjunam ke gaung sedalam 25 meter.
00:30Kementerian dalam negeri Rusia turut menyiarkan gambar kejadian memaparkan bas terbalik dengan tayar terjulang ke atas dan penghadang jalan rosak.
00:49Dalam pada itu pihak berkuasa telah membuka ketasiasatan jenayah berhubung kemalangan tersebut atas dakwaan kecuaian.
00:57Selain itu hari berkabung di wilayah Yakutia diisytiharkan pada selasa.

Recommended