00:00Sebuah pesawat Airbus A320 milik Air India terbabas dari landasan ketika mendarat dalam hujan lebat di lapangan terbang antarabangsa Mumbai pada Isnin.
00:10Insiden itu menyebabkan landasan utama ditutup sementara dan bahagian bawah salah satu enjin pesawat mengalami kerosakan.
00:20Sejurus insiden, semua penumpang dan anak kapal diarah meninggalkan pesawat yang berlepas dari koci itu.
00:26Jelas Air India pesawat tersebut digantung operasi untuk pemeriksaan lanjut.
00:32Lapangan terbang antarabangsa Mumbai dalam satu kenyataan memaklumkan terdapat kerosakan kecil pada landasan utama.
00:40Susulan itu, landasan kedua diaktifkan bagi memastikan operasi terus berjalan.
00:45Laporan Times of India yang memetik sumber menyatakan tiga tayar pesawat tersebut pecah selepas pendaratan.
00:52Air India kini berdepan dengan penelitian serius selepas sebuah pesawat Boeing 787 Dreamliner miliknya terhempas di Bandar Ahmadabad bulan lalu mengorbankan 260 orang.