Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
Perdana Menteri Jepun, Shigeru Ishiba menegaskan komitmennya untuk terus kekal dalam jawatan bagi menangani isu tarif perdagangan dengan Amerika Syarikat serta cabaran ekonomi domestik susulan kekalahan gabungan pemerintah dalam pilihan raya dewan atasan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Perdana Menteri Jepun Shigeru Ishiba berikra untuk kekal dalam jawatan bagi menangani isu tarif perdagangan dengan Amerika Syarikat serta mengurus cabaran ekonomi negara itu.
00:11Ini susulan kekalahan partinya dalam pilihan raya Dewan Atasan yang menyaksikan gabungan pemerintah gagal mencapai majoriti mudah.
00:30Ishiba menegaskan keutamaan ketika ini adalah mencapai persepahaman dagang yang menguntungkan kedua-dua negara selain mengurus kesan kenaikan harga yang terus membebankan.
01:00Beliau turut menolak idea meluaskan gabungan pemerintah namun bersedia bekerjasama dengan pembangkang bagi menangani kebimbangan rakyat berhubung inflasi dan kosar hidup.
01:11Parti Liberal Demokratik atau LDP dan rakan gabungannya Kometo gagal meraih 50 kerusi yang diperlukan untuk majoriti mudah dalam pilihan raya yang menawarkan 124 kerusi.

Recommended