Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
Unjuran itu berdasarkan andaian bahawa Malaysia berjaya merundingkan perjanjian perdagangan dengan AS dan pengurangan tarif yang diberikan adalah setanding dengan yang diterima oleh Vietnam atau Indonesia.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Cadangan tarif sebanyak 25% ke atas ekspor Malaysia ke Amerika Syarikat boleh dikurangkan kepada 11% hingga 15%.
00:09CJS International berpandangan perkara itu boleh berlaku jika perjanjian perdagangan dicapai antara kedua-dua negara.
00:20Dalam nota penyelidikan pada Isnin, firma pelaburan itu berkata unjuran tersebut berdasarkan andaian Malaysia
00:27berjaya merundingkan perjanjian perdagangan dengan Amerika Syarikat.
00:32Selain pengurangan tarif yang diberikan adalah setanding dengan yang diterima oleh Vietnam atau Indonesia.
00:39CJS International menambah Malaysia berada dalam kedudukan geopolitik yang lebih baik dengan Amerika untuk mencapai perjanjian.
00:48Ini kerana aktiviti pemindahan ke kapal yang menyalahi undang-undang kurang berlaku di Malaysia berbanding Vietnam.
00:55Selain itu, Kementerian Pelaburan Perdagangan dan Industri pada masa ini menjadi pengeluar tunggal sijil tempasal bukan keutamaan bagi semua penghantaran ke Amerika.
01:08CJS International berkata, Malaysia hanya negara rakan dalam BRICS dan bukan ahli penuh.
01:14Presiden Donald Trump telah menghantar surat kepada 28 negara sejak 7 Julai lalu
01:20dengan mentapkan kadar tarif baru masing-masing yang akan bermula berkuat kuasa pada 1 Ogos ini.
01:28Tarif Vietnam dikurangkan daripada 46% kepada 20%
01:33manakala tarif Indonesia turut direndahkan daripada 32% kepada 19%.
01:40Terima kasih kerana menonton!

Recommended