Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menegaskan komitmen untuk memperkasa ekonomi demi kesejahteraan rakyat, dengan memberi keutamaan kepada isu kos sara hidup dan pelaksanaan projek berimpak tinggi.
00:00Sebanyak 86.4% projek pembuatan diluluskan antara 2021 hingga suku pertama 2025 telah dilaksanakan kerajaan.
00:11Menteri Pelaburan, Peragangan dan Industri Miti, Tengku Datuk Sri Zafrul Abdul Aziz berkata ia turut membuka lebih 50,000 peluang pekerjaan baharu dalam sektor pembuatan untuk rakyat Malaysia.
00:22Kejayaan itu sekaligus mencerminkan prestasi pelaksanaan pelaburan yang kukuh oleh kerajaan.
00:27Komitmen itu juga bukti bahawa pelaburan dan perdagangan yang dijana bukan sekadar potensi di atas kertas.
00:34Sebaliknya ia benar-benar memberi manfaat kepada rakyat khususnya dalam menangani isu kosar hidup.
00:41Beliau turut menegaskan kepentingan komunikasi berkesan bagi memastikan rakyat mengetahui segala usaha dan pencapaian kementerian.
00:49Beliau menyatakan perkara itu menerusi perkongsiannya di laman Facebook milik beliau pada Isnin.
Be the first to comment