Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad dedah tekanan kewangan jadi faktor utama belia tangguh perkahwinan dan membina keluarga.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Tekanan kos sehara hidup menjadi faktor utama ramai beliau menangguhkan perkahwinan serta mengambil keputusan untuk berkeluarga, walaupun hasrat itu tetap ada.
00:10Perkara itu didedahkan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nuraini Ahmad, berdasarkan laporan Tabung Penduduk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, UNFPA.
00:21Memetik laporan itu katanya hampir satu daripada lima orang dewasa di empat belas negara mengakui kemungkinan mereka tidak dapat memiliki bilangan anak yang diinginkan.
00:33Katanya daripada jumlah ini 39% menyatakan kekangan kewangan sebagai halangan utama termasuk kos sehara hidup, penjagaan anak, perumahan dan ketidaktentuan pekerjaan.
00:45Justru kerajaan telah melaksanakan pelbagai inisiatif bagi membantu pasangan muda membina keluarga dalam suasana lebih stabil dan terancang.
00:55Ini termasuk cuti bersalin dan paternity, subsidi pusat jagaan kanak-kanak, bantuan kewangan kepada keluarga berpendapatan rendah, selain program kesedaran tentang kesihatan reproduktif serta kekeluargaan.
01:08Mengenai tren penurunan kadar kesuburan di Malaysia, beliau berkata kerajaan melaksanakan program bantuan rawatan kesuburan dan advokasi infertiliti, BUAI, yang menyasarkan 30,000 pasangan menjelang 2025.
01:24Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis sambutan Hari Penduduk Sedunia 2025 pada Isnin.
01:31Terima kasih telah menonton!

Recommended