Skip to playerSkip to main content
  • 7 months ago
CAAM turut akan mengurus dan menyelia platform digital seperti AeroFile dan AeroLicence bagi pemprosesan permit overflight/pendaratan serta urusan pelesenan, katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Transcript
00:00Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia, CAAM, akan mengambil alih fungsi kawal selia Suruhanjaya Penerbangan Malaysia, MAFCOM, berkuatkuasa 1 Ogos ini.
00:10Ia susulan pengumuman dibuat Menteri Pengangkutan pada 23 Jun lalu bahawa CAAM dan MAFCOM akan dirasionalisasikan.
00:17MAFCOM berkata tanggungjawab ini merangkumi pelisinan, peruntukan hak trafik udara, pembangunan lapangan terbang, perkhidmatan udara luar bandar, hal ihwal ekonomi dan persaingan serta pengawasan pengawal seliaan secara menyeluruh.
00:36CAAM juga akan mengurus dan menyelia platform digital seperti Aerofile dan Aerolisen bagi pemprosesan permit overflight pendaratan serta urusan pelisinan.
00:48Peralihan itu selaras dengan Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia, Kurungan Pembubaran 2024, Akta 856.
00:57MAFCOM berkata semua platform pengguna akan terus beroperasi sepenuhnya sepanjang tempoh peralihan dan selepas 1 Ogos.
01:06juga boleh terus mengemukakan aduan mengenai syarikat penerbangan dan lapangan terbang melalui laman web serta aplikasi muda alih FlySmart sedia ada.
01:16Sementara itu, pengurusi Eksekutif MAFCOM, Datuk Suri Saripudin Kasim berkata, kemampanan dan pertumbuhan berterusan industri penerbangan Malaysia kekal menjadi fokus utama sepanjang proses itu.
Comments

Recommended