Skip to playerSkip to main content
  • 5 months ago
Tentera Israel mengarahkan secara paksa penduduk Palestin di kawasan utara Gaza untuk berpindah pada Ahad, kononnya untuk bertempur dengan Pejuang Hamas.
Transcript
00:00Tentera Israel mengarahkan secara paksa penduduk Palestine di kawasan utara Gaza untuk berpindah pada ahad kononnya untuk bertempur dengan pejuang Hamas.
00:09Presiden AS Donald Trump pula menyeru agar peperangan segera ditamatkan di tengah-tengah usaha terbaru untuk merundingkan gencatan senjata.
00:18Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dijadualkan mengadakan mesyuarat pada hari sama bagi menilai perkembangan serangan ketenteraan Israel.
00:26Dalam kenyataan di PlatformX serta mesej teks kepada ramai penduduk, tentera Israel menggesa orang ramai di utara Gaza untuk bergerak ke selatan menuju kawasan Al-Mawasi di Kanyunis yang diisytiharkan sebagai kawasan kemanusiaan.
00:39Namun pegawai Palestine dan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu PBB menegaskan tiada tempat yang benar-benar selamat di Gaza.
00:46Arahan pembindahan itu merangkumi kawasan Jabalia dan kebanyakan daerah di Gaza.
00:50Petugas kesihatan dan petuduk memaklumkan serangan bom Israel semakin hebat awal pagi di Jabalia, memusnahkan beberapa rumah dan meragut sekurang-kurangnya enam nyawa.
00:59Di Kanyunis Selatan Gaza, lima orang terbunuh dalam serangan udara ke atas kawasan kemah berhampiran Mawasi.
01:05Sekurang-kurangnya 12 lagi terbunuh dalam serangan dan tembakan berasingan di seluruh Gaza menjadikan angka korban pada ahad sekurang-kurangnya 23 orang.
01:13Peningkatan serangan ini berlaku ketika Mesir dan Qatar dengan sokongan AS memulakan usaha baru untuk menghentikan konflik berusia 20 bulan itu serta membebaskan tebusan Israel dan waga asing yang masih ditahan Hamas.
01:26Minat untuk menyelesaikan konflik Gaza semakin meningkat selepas siri pengoboman AS dan Israel ke atas kemudahan nuklear Iran.
01:33Kebimbangan juga memuncak tentang bagaimana bantuan diagihkan kepada penduduk Gaza di wilayah yang musnah.
01:38Beratus-ratus rakyat Palestine dilaporkan terbunuh sepanjang bulan lalu berhampiran kawasan pengagihan makanan.
01:44Serangan tentera Israel telah membunuh lebih 56,000 rakyat Palestine serta memaksa hampir keseluruhan 2.3 juta penduduknya meninggalkan kediaman dan menjerumuskan wilayah itu ke dalam krisis kemanusiaan.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended