00:00What is the logo and the theme of Hari Kebangsaan and Malaysia?
00:30Malaysia Madani Rakyat Disantuni
00:33Ini yang akan menjadi tema kita
00:36Dan logo Malaysia Madani kekal digunakan sebagai logo rasmi sambutan sehingga tahun 2027
00:44Selaras dengan usaha membangun Malaysia Madani, teras perpaduan dalam kepelabagaian
00:49Tema Rakyat Disantuni dipilih untuk menggambarkan keutamaan kerajaan dalam memastikan kebajikan rakyat diberi perhatian utama
00:58Untuk makluman semua, semestinya sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2025
01:06Beberapa acara utama telah disusun untuk menyemarakkan semangat jiwa merdeka dalam kalangan rakyat
01:13Antaranya adalah pertama Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang
01:19Yang akan diadakan pada 27 hari bulan Julai di dataran Tanjung Emas, Muar, Johor
01:2627 Julai, dataran Tanjung Emas, Muar, Johor
01:31Sambutan Hari Kebangsaan 2025 akan diadakan pada 31 Ogos dan bertempat di dataran Putrajaya
01:41Manakala sambutan Hari Malaysia tahun ini akan berlangsung di Pulau Pinang
01:49Dan ia adalah bertepatan dengan amalan penggiliran yang mana setiap tahun kita akan tukar lokasi
01:56Sama ada antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung
02:00Dan matlamat dalam penggiliran ini adalah untuk memperkukuh semangat kebersamaan
02:06Dan perpaduan antara semua wilayah dan negeri di Malaysia
02:12Sebagai maklumat tambahan, ada 14 program sisipan dan aktiviti patriotik
02:19Yang akan disusun di seluruh negara melibatkan penganjuran di peringkat nasional hingga ke Akat Umbi
02:26Antaranya, Quran Awal, Kira Detik Merdeka, Majlis Memperingati Negarawan, Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2025
02:36Pengisahan Kenegaraan yang melibatkan Klub Malaysia Ku
02:41Penterama Merdeka at Hoho, H-O-H-O
02:46Penterama Merdeka at KLIA
02:49Program Wayang Pacat Merdeka
02:51Pesta E2 ini oleh My Creative Ventures
02:55Riuh Merdeka oleh My Creative Ventures
02:57Pameran Sejarah dan Kemerdekaan
03:00Pertujukan Kebudayaan dan Kesenian
03:02Program Sukarelawan Community dan Pelbagai Aktiviti Digital
03:06Yang akan dianjurkan
03:09Maklumat lanjut akan disusuli dan Jabatan Penerangan akan berikan
03:13Pautan bagi laman web yang mengandungi maklumat terperinci
03:18Kita juga akan terus laksanakan inisiatif Satu Rumah, Satu Jalur Gemilang
03:26Pada tahun 2024 kita telah berjaya laksanakan program Satu Rumah, Satu Jalur Gemilang
03:32Melibatkan 5 kluster dengan jumlah keseluruhan 698 program
03:38Manakala bagi tahun ini pula ia akan diperhebat dengan 7 kluster kesemuanya
03:46Di mana 2 kluster baru akan diperkenal iaitu kluster industri dan kluster agensi kerajaan
03:52Sebelum ini 5 kluster yang telah terlibat adalah kluster pendidikan, pendidikan tinggi, kesihatan, keselamatan dan komuniti
04:02Dan program ini akan menggalakkan rakyat Malaysia mengibarkan Jalur Gemilang di rumah masing-masing
04:10Di pejabat dan premis perniagaan dan bangunan kerajaan atau kenderaan persendirian
04:17Saya juga ingin menegaskan bahawa bendera yang lusuh, puda atau koyak hendaklah diganti dengan bendera baru
04:24Bendera bukan sekadar simbolik tapi adalah manifestasi rasa kasih dan hormat kita kepada negara
04:32Terima kasih
04:39Terima kasih