Perdana Menteri menambah, beliau sendiri melihat kesungguhan semua kementerian dan agensi yang berganding bahu menyambut pimpinan luar, mengurus protokol, logistik, serta keselamatan.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Sementara itu, kerajaan menyifatkan penganjuran sidang kemuncak ASEAN ke-46 pada 26 dan 27 Mei lepas berjaya dilangsungkan dengan penuh tertib dan bermakna.
00:10Perdana Menteri Dato' Surya Anwar Ibrahim berkata kejayaan tersebut hasil komitmen luar biasa dan semangat pasukan yang ditunjukkan semua pihak.
00:18Ini termasuk ribuan jawat awam, pasukan keselamatan, sukarelawan, petugas hotel, peniaga, petugas pembersihan, media dan juga sektor swasta.
00:33Tetapi kerana mereka lihat persiapan begitu baik, ini yang mereka ceritakan kepada saya.
00:39Termasuk China, bulan lalu kita menerima kunjungan Presiden Xi Jinping.
00:45Kali ini, Premier Perdana Menteri Li Chiang.
00:49Dan semuanya kagum dengan disiplin, kebersihan, protokol, kenderaan.
00:58Walaupun kenderaan kita itu relatif kecil kerana kita guna EV, kemudian polis, keselamatan.
01:04Dan itu jentera kerajaan keseluruhannya yang ribuan orang bekerja bertukus lumus dengan penuh semangat.
01:11Termasuk Dewan di pesidangan.
01:15Kemudian hotel-hotel.
01:18Mereka bangga raja-raja ini dan juga ketua-ketua negara.
01:22Cara mereka dilayan, peraturannya, kesempurnaan kerjanya.
01:26Perdana Menteri menambah, beliau sendiri melihat kesungguhan semua kementerian dan agensi yang berganding bahu menyambut pimpinan luar, mengurus protokol, logistik serta keselamatan.
01:37Malah, persembahan budaya yang dipertonton juga disifatkan bertaraf antarabangsa dan memukau tetamu.
01:42Pada masa sama, Anwar menzahirkan rasa bangga terhadap kerjasama pihak terlibat dengan menyatakan mereka adalah wira di sebalik kejayaan bersejarah itu.
01:52Sidang Kemuncah ASEAN ke-46 berakhir selasa lalu menyaksikan beberapa siri pertemuan peringkat tinggi diadakan, bertujuan memperkukur kerjasama serantau dan memperluas perkongsian strategik dalam pelbagai bidang.
02:03Antara mesyuarat utama termasuk Sidang Kemuncah ASEAN Majlis Kerjasama Teluk GCC dan Sidang Kemuncah ASEAN GCC China Pertama.
02:12Terima kasih telah menonton!