Seramai lapan pengamal media terdiri daripada penerbit, wartawan dan jurukamera pelbagai agensi media tempatan berpeluang menunaikan ibadah rukun Islam kelima, musim haji tahun 1446 hijrah / 2025 masihi.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Seramai lapan pengamal media terdiri daripada penerbit, wartawan dan jurukamera pelbagai agensi media tempatan berpeluang menunaikan ibadah rukun Islam ke-5 musim haji tahun 1446 hijrah bersamaan dengan 2025 Masihi.
00:15Ia merupakan tajaan tahunan Kementerian Media Kerajaan Arab Saudi kepada pengamal media seluruh dunia yang dikenalpasti telah menyumbang kepada pembangunan ilmiah, bakat serta peningkatan inovasi dan ejen komunikasi dua hala antara Kerajaan Arab Saudi dan negara-negara Islam.
00:32Menurut Fasilitator Media, Kementerian Media, Kerajaan Arab Saudi, Datuk Islam Basar, setiap tahun Kementerian Media menjemput lebih 500 pengamal media pelbagai latar belakang dari seluruh pelosok dunia.
00:46Ini termasuk agensi-agensi media terkemuka bagi berkumpul dan berkongsi pengalaman unik menjalani ibadah haji serta melaporkan suasana perhimpunan agama terbesar dunia.
00:55Ini adalah amalan ataupun tradisi setiap tahun yang dianjurkan oleh Kementerian Media Kerajaan Arab Saudi memilih rakan-rakan media dari seluruh dunia terutama negara Islam untuk hadir melalui pengalaman melakukan liputan di Tanah Suci.
01:19Kalau mengikutkan acara-acara yang pernah dianjurkan tahun-tahun sebelum ini, selain daripada menaikan ibadah haji, media-media daripada seluruh dunia dapat merasai ataupun pengalaman di belakang takdir persiapan-persiapan musim haji.
01:40Apalagi diberi peluang untuk mendapat pengalaman untuk projek-projek terkini yang disiapkan ataupun dibina oleh Kerajaan Arab Saudi menjelang visi 20-30 mereka.
02:00Beliau berkata demikian semasa ditemui sebelum berlepas bersama delegasi media ke Tanah Suci di lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur pada Kamis malam.
02:08Tambahnya ketika dijedah nanti, delegasi media juga akan diberi taklimat tentang perkembangan terkini visi Saudi 2030.
02:17Menurut penilaian rasmi terkini, visi 2030 Arab Saudi telah menyaksikan kemajuan yang luar biasa dengan 93% daripada petunjuk prestasi utamanya mencapai sasaran sejak dilancarkan 9 tahun lalu.
02:29Delegasi haji media Malaysia yang diketuai Izlan melibatkan agensi media tempatan seperti Esro Awani, Media Prima, Bendama TV, TV Al-Hidrah dan Esro Oasis.
02:41Delegasi media Malaysia akan berada di Tanah Suci selama 15 hari dan pulang ke Tanah Air pada 12 Jun.
02:47Tawaran menunaikan haji kepada 8 warga media ini melibatkan tajaan sepenuhnya daripada Kementerian Media Kerajaan Arab Saudi.
02:54Haji ini saya rasa sangat istimewa lah.