Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) bertindak menjalankan siasatan terhadap Jabatan Pengangkutan Jalan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selepas menerima aduan berhubung beberapa nombor pendaftaran kenderaan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan EAIC bertindak menjalankan siasatan terhadap Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
00:09selepas menerima aduan berhubung beberapa nombor pendaftaran kenderaan.
00:15Menurut EAIC, dalam satu kenyataan, siasatan dijalankan berdasarkan aduan yang diterima mengikut subseksyen 27-4 Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 Akta 7-0-0.
00:28Hasil siasatan mendapati terdapat beberapa kenderaan yang didaftarkan atas nama pegawai JPJ Kuala Lumpur masih belum diisytiharkan lupus dalam Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia HRM Hermes
00:42walaupun kenderaan tersebut telah lama tidak berada dalam pemilikan mereka.
00:46Perkara ini didapati melanggar sub-peraturan 10-2 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam Kelakuan dan Tata Tertib 1993.
00:54Sebenarnya, EAIC memutuskan untuk merujuk hasil siasatan tersebut kepada pihak berkuasa Tata Tertib PBT JPJ dengan cadangan agar surat teguran dikeluarkan kepada pegawai-pegawai yang terlibat.
01:06Terima kasih telah menonton!
01:08Terima kasih telah menonton!

Recommended