Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, telah memberitahu Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed), Jerome Powell, bahawa beliau melakukan “kesilapan” kerana tidak menurunkan kadar faedah utama, menurut jurucakap White House, Karoline Leavitt.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Presiden Amerika Syarikat Donald Trump memberitahu pengurusi Rizal Pesekutuan The Fed, Jerome Powell, bahawa beliau telah melakukan kesilapan.
00:08Dakwa Trump kesalahan Powell adalah kerana tidak menurunkan kadar faedah negara itu, kata jurucakap White House.
00:15Pertemuan tertutup pada Kamis itu diadakan atas jemputan Trump dan kedua-dua mereka membincangkan perkembangan ekonomi, termasuk pertumbuhan, guna tenaga dan inflasi.
00:24Trump yang melantik Powell sebagai pengurusi Fed semasa penggal pertamanya dan yang kemudiannya disambung penggal kedua oleh Presiden Demokrat Joe Biden
00:33telah beberapa kali mengkritik Powell secara terbuka dan menyatakan hasrat untuk menyingkirkannya daripada bank pusat itu.
00:41Powell sebelum ini enggan menggulas secara langsung terhadap kritikan tersebut, sebaliknya menegaskan bahawa menjadi tanggungjawab Fed untuk melindungi kestabilan ekonomi tanpa dipengaruhi oleh tekanan politik.
00:54Terima kasih telah menonton!

Recommended