Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Seramai 3,000 pelajar Universiti Malaya dari 14 pusat akademik akan membentangkan projek tahun akhir mereka dalam UM UG iFEST 2025. Dr. Archina Buthiyappan berkata kerjasama strategik bersama KKM, hospital swasta, dan syarikat industri seperti Shell, Schlumberger dan Gamuda membuktikan komitmen tinggi industri dalam membimbing bakat muda.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Bertemu semula, Universiti Malaya UM mengambil pendekatan berani dengan melibatkan secara langsung 3,000 pelajar tahun akhir dari pelbagai fakulti untuk membentangkan projek mereka kepada pakar industri menerusi UM Undergraduate Ideas Festival UMUGFES 2025.
00:17Ketua Inisiatif Pengurusan Festival Dr. Arcina Butiapan berkata program itu menghimpunkan 3,000 projek melibatkan 14 pusat tanggungjawab PTJ yang merangkumi Sains Sosial, Sains Teknologi dan Sains Kesihatan.
00:32Katanya kerjasama erat dengan pelbagai pihak industri dibuat bagi memastikan setiap kategori projek mendapat bimbingan dan maklum balas daripada pakar yang relevan.
00:40Universiti Malaya ini ada dalam 14 PTJ. So 14 PTJ daripada kategori Sains Sosial, lepas itu Sains dan Teknologi dan juga Sains Kesihatan.
00:52So kita ada dalam pada kali ini, pada masa ini kita ada dalam 3,000 student and ada dalam around 3,000 projek akan dibentangkan.
01:02So kita approach industri mengikut diorang punya expertise. Contohnya kalau untuk Sains Kesihatan, kita memang collaborate dengan KKM dan juga hospital-hospital swasta untuk datang untuk evaluate students tersebut.
01:18Macam Sains dan Teknologi, kita ada macam Oil and Gas Industry, Shell, Slumberja, Gamuda and all those things.
01:25They're coming forward. Bila kita cakap diorang menunjukkan komitmen yang sangat tinggi.
01:32Tambah beliau, sambutan yang diterima daripada pihak industri sangat menggalakkan, menunjukkan komitmen tinggi mereka dalam nyokong pembangunan bakat muda dan penyelidikan dari peringkat universiti.
01:42UMUGI Fest 2025 dijangka menjadi platform tahunan yang menyatukan pendidikan tinggi dengan keperluan sebenar industri serta membuka ruang kepada pelajar untuk melihat nilai projek mereka melangkaui markah akademik.

Recommended