Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 2 days ago
Lebih 25,000 pencari kerja membanjiri Ekspo ‘Bekasi Pasti Kerja’ pada Selasa (27 Mei), menyebabkan suasana tidak terkawal hingga ramai pengsan akibat berhimpit dan keletihan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Acara Expo Kerjaya Bekasi Pasti Kerja bertukar kecoh apabila ribuan pencari kerja berhimpit-himpit sehingga menyebabkan ramai pingsan dalam insiden yang berlaku di Pusat Konvensyen Universiti Presiden, Jabar BK pada Selasa.
00:15Program dianjurkan kerajaan tempatan itu menyaksikan kehadiran lebih 25,000 pencari kerja, jauh melebihi kapasiti dewan dan jumlah kekosongan jawatan yang ditawarkan.
00:25Menurut Jabatan Tenaga Kerja Kabupaten Bekasi, hanya 2,557 kekosongan kerja dibuka oleh 64 syarikat yang mengambil bahagian.
00:38Ramai peserta tiba seawal subuh dengan harapan menjadi antara yang terawal menyerahkan permohonan dan meningkatkan peluang pekerjaan.
00:46Namun jumlah kehadiran yang luar jangka menyebabkan suasana bertukar sesak dan tidak terkawal sebaik pintu dibuka.
00:53Keadaan juga menyebabkan berlaku pergaduhan fizikal dan ramai peserta pingsan akibat sesak nafas serta keletihan.
01:02Sementara itu, Bupati Bekasi Adi Kuswara Kunang akui situasi itu merupakan satu cabaran besar buat pihak penganjur dan bukan sesuatu yang boleh dibanggakan.
01:13Beliau turut berjanji menambah baik penganjuran pada masa akan datang.

Recommended