Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 2 days ago
Farm Fresh perkenal dermasiswa bantu 500 pelajar STPM B40 dengan bantuan RM100 sebulan hingga 2029 sebagai usaha sokong pendidikan dan lahirkan modal insan cemerlang.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Baik, Syarikat Peladangan Tunusu bersepadu tempatan Farm Fresh Berhad terus komited membantu pelajar kurang berkemampuan dengan menyalurkan dermasiswa sebanyak RM100 sebulan menerusi program dermasiswa pelajar sijil tinggi Persekolahan Malaysia SDPM Farm Fresh Berhad.
00:18Ketua Pegawai Operasi Farm Fresh Berhad Azmi Zanal berkata inisiatif yang dilakukan pihaknya adalah tanggungjawab sosial CSR syarikatnya dalam usaha untuk menyokong pembangunan pendidikan negara.
00:33Menurut Azmi, seramai 500 pelajar tingkatan 6 daripada keluarga B40 akan menerima sumbangan wang tunai bermula Mei hingga akhir tahun ini.
00:43Jelasnya dengan adanya bantuan itu ia secara tidak langsung dapat meringankan beban pelajar berkenaan.
00:48Ini adalah yang sebenarnya kenapa kita buat hari ini adalah nak menyuntik semangat kepada anak-anak.
00:55Jadi kalau kata di tengah tanam ini ada pihak yang memberi peluang kepada mereka, mengiktiraf mereka.
01:02Jadi saya rasa pelajar-pelajar tengah tanam yang lain pun turut bersama.
01:05Dan inisiatif ini juga yang sebenarnya adalah tidak sepatutnya Farm Fresh sahaja, syarikat-syarikat lain pun ambillah inisiatif yang ini.
01:14Jadi biarlah kita menjadi contoh yang ini dan diikuti oleh syarikat-syarikat lain.
01:19Jadi kita ini buat Farm Fresh syarikat kecil saja.
01:22Banyak lagi yang besar-besar kan yang boleh menyumbang sama macam ini.
01:26Jadi supaya kita sama-sama dapat membantu kebutuhan-kebutuhan dan melahirkan modal insan yang baik.
01:31Program dermasiswa STPM adalah bantuan dana Farm Fresh dalam bentuk wang tunai RM100 setiap bulan kepada pelajar-pelajar B40 daripada 10 buah negeri di seluruh negara di bawah perbekalan susu sekolah Farm Fresh.
01:45Bantuan meliputi perbelanjaan keseluruhan RM28 juta ini akan berterusan sehingga 2029 dengan pengambilan baru akan dibuat setiap tahun.
01:55Azmi berkata demikian pada Majlis Perasemian Dermasiswa Pelajar STPM Anjuran Farm Fresh Berhad,
02:01Peringkat Kebangsaan di Sekolah Menengah Kebangsaan SNK Tun Syed Syih Barakbah, Sungai Bakar Pulau Pinang yang disempurnakan Menteri Pendidikan Fadlina Siddiq pada selasa.
02:10Sementara itu Menteri Pendidikan Fadlina Siddiq berkata pihak KPM menyambut baik inisiatif program berkenaan sebagai satu bentuk tanggungjawab sosial korporat mereka dalam menyantuni keperluan semasa pelajar tingkatan 6.
02:22Saya rakamkan ucapan terima kasih dan ini yang kita mahukan lebih banyak rakan-rakan korporat kita tampil mendukung ekosistem pendidikan kita dan memertabatkan pendidikan negara melalui program-program seperti ini.
02:35Mudah-mudahan dengan sumbangan kepada 500 anak-anak ini akan dapat meningkatkan lagi kualiti pendidikan anak-anak ini, memberikan ruang dan motivasi kepada mereka untuk terus berjaya dalam kehidupan dan juga menghabiskan peganjian mereka sehingga ke tempat ataupun tahap yang tertinggi.

Recommended