00:00Bekas Perdana Menteri Najib Razak
00:03memfailkan permohonan untuk memulihkan
00:05proseding mehina mahkamah terhadap
00:07bekas Peguam Negara Ahmad Teriruddin Salik.
00:11Dalam kenyataan pasukan guaman beliau,
00:13Tetuan Syafiq dan Koh mendakwa Teriruddin
00:15ketika menjawat jawatan Peguam Negara
00:18gagal mendedahkan wujudnya titah addendum
00:20oleh yang di-Pertuan Agong ketika itu
00:23yang membenarkan Najib menjalani
00:25baki hukuman penjaranya bawah tahanan rumah.
00:27Menurut mereka salinan titah tersebut
00:30disampaikan kepada Najib menerusi anaknya Nizar
00:34dan kesahihannya disahkan secara bertulis
00:36oleh Majlis Kesultanan Pahang pada 4 Januari.
00:41Walaupun didakwa mengetahui perkara itu,
00:43Peguam Najib berkata Teriruddin mengarahkan
00:45pegawainya menyatakan kepada mahkamah
00:48bahawa perkara itu hanyalah satu spekulasi
00:50bersifat fishing expedition dan berasaskan
00:53keterangan dengar cakap.
00:55Tambah mereka sebagai seorang penjawat awam,
00:58bekas Peguam Negara mempunyai
01:00kewajipan terus terang kepada mahkamah
01:02dan kegagalan sengaja untuk berbuat demikian
01:05menjejaskan keyakinan awam
01:07terhadap sistem keadilan
01:08dan malah merupakan satu halangan
01:10terhadap keadilan itu sendiri.
Comments