Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • today
Petronas akan meneruskan fungsi, aktiviti dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada entiti itu di bawah Akta Kemajuan Petroleum 1974 (PDA 1974) dan peraturan-peraturan di bawahnya.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Petronas akan meneruskan fungsi, aktiviti dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada entiti itu di bawah Akta Kemajuan Petroleum 1974 atau PDA 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya.
00:14Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kenyataan bersama Primer Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata,
00:19semua undang-undang persekutuan dan negeri Sarawak yang berkaitan dengan agihan gas di negeri itu hendaklah wujud secara bersama.
00:26Malah agihan gas itu perlu dihormati semua pihak yang menjalankan aktiviti berkenaan di Sarawak termasuk Petronas dan Petros.
00:37Sebarang perjanjian dan pengaturan antara Petronas dan atau anak syarikatnya dengan pihak ketiga bagi tujuan penjualan LNG dari sektor huluan hingga ke pengeksportan antarabangsa akan kekal tidak terjejas.
00:50Petronas dan Petros hendaklah mengadakan perbincangan bagi tujuan meluaskan kerjasama bagi keperluan gas domestik Sarawak dalam tiga bidang.
00:59Pertama kerjasama dalam projek-projek penyaluran bekalan gas sehingga 1.2 bilion kaki padu sehari bagi menyokong pelan halutuju gas Sarawak.
01:08Kedua projek tenaga hijau, hidrogen dan penjanaan elektrik yang mungkin dilaksanakan kedua-dua pihak serta semua perbincangan lanjut mengenai kerjasama mesti tertakluk kepada daya maju komersial dan teknikal.
01:23Selain itu Petronas dan Petros perlu terus bekerjasama memperincikan rangka kerja demi kepentingan negara mengikut prinsip komersial secara telus.
01:32Peranan Petronas oleh itu tidak tergugat kerana dia meneruskan peranan dia tetapi menambil kira perkembangan bau dan kuasa yang diperuntukkan kepada negeri Sarawak dan peranan Petros.
01:54Jadi persefahaman yang kita lakukan ini adalah memastikan pergerakan Petros diteruskan dan peranan Petros di Sarawak diiktiraf dan kedua-duanya bekerja berganding bau mengangkat martabat negara melalui industri minyak dan gas
02:15dan hiliran, huluan dan beberapa kegiatan alternatif energi yang dibicarakan dan tentunya seperti mana yang tercatat dalam kenyataan kita
02:28hasrat kita bersama selain dia menjayakan Petronas dan menjadikan Sarawak itu sebagai hub permulaannya bagi ASEAN.
02:37Terima kasih.
02:38Terima kasih.
02:39Terima kasih.

Recommended