00:00Dua penjawat awam dengan seorang daripadanya bergelar datuk yang ditahan SPRM baru-baru ini disyaki menerima komisen antara 6 dan 11% bagi setiap projek pembangunan dan senggaraan yang diluluskan sejak 2021.
00:22Polis Pulau Pinang mematahkan sindiket pengedaran dadah jenis MDMA yang menyasarkan pusat hiburan di negeri itu selepas menahan 6 lelaki dan merampas dadah seberat 37.8kg bernilai RM6.3 juta.
00:39Seorang peniaga kedai makan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Magistrik Johor Bahru pada Rabu atas tuduhan memandu kereta secara melulu dengan cara melawan arus dua minggu lalu.
00:49Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila keretanya diserang sekumpulan gajah ketika memandu di Kilometer 11, Jalan Raya Timur Barat Great Jeli dalam kejadian pada 8.15 malam selasa.
01:01Petronas akan meneruskan fungsi, aktiviti dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada entiti itu di bawah Akta Kemajuan Petroleum 1974, PDA 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya.
01:12Jabatan Pengangkutan Jalan memperkenalkan rekaan ilustrasi terbaru Lesen Memandu Malaysia yang dilengkapi ciri-ciri keselamatan dipertingkatkan.
01:21Deklarasi Kuala Lumpur akan dilancarkan sepenuh sidang kemuncah ASEAN ke-46 yang dijawab berlangsung pada 26 hingga 27 Mei ini di pusat konvensyen Kuala Lumpur KLCC.
01:32Perdana Menteri Lawrence Wong mengumumkan barisan penuh kabinet pertamanya pada Rabu.
01:36Menteri Pertanian Jepun Taku Eto pada Rabu meletak jawatan selepas berdepan tindak balas hebat berhubung kenyataan kontroversi mengenai kenaikan harga beras.
01:46Sebanyak 25% pekerjaan di seluruh dunia berpotensi terdedah kepada ancaman kecedasan buatan generatif gen AI dengan pekerjaan perkeranian dan yang melibatkan bidang digital menghadapi risiko tertinggi.
02:06Terima kasih kerana menonton!