Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Assalamualaikum anda, bersama saya Per Nadia untuk ASEAN 25 dan ini adalah perkembangan pertama.
00:14Timbul pertikaian mengenai sidang kemuncah ASEAN ke-46 dianjurkan di Kuala Lumpur dan bukan di Pujujaya selaku pusat pentadbiran Malaysia.
00:22Menteri Komunikasi Fahmi Fakze berkata peluang perlu diambil untuk menunjukkan kepada delikasi antarabangsa kemajuan yang sudah dilalui ibu negara.
00:33Kata Fahmi, kita anjurkan persidangan di Kuala Lumpur untuk persembahkan kepada tetamu kemodenan ibu kota.
00:40Kali terakhir Malaysia menjadi tuan rumah sidang kemuncah ASEAN adalah 10 tahun lalu.
00:44Justeru, seiring dengan galakan Perdana Menteri, syarikat swasta diharap dapat memberi peluang kepada staf untuk bekerja dari rumah.
00:53Dalam pada itu, Fahmi turut menyampaikan ucapan penghargaan kepada Kementerian Luar kerana menyakinkan pemimpin negara supaya komited menjayakan sidang kemuncah ASEAN ke-46.
01:03Persidangan ini penting untuk memupuk kerjasama ekonomi dan berbincangkan isu serantau.
01:08Fahmi berkata demikian pada Sidang Media Mingguan pada Rabu.
01:14Lebih ramai delegasi dijangka hadir pada Sidang Kemuncah ASEAN ke-46 kali ini.
01:21Atas faktor, ia akan berlangsung serentak dengan Sidang Kemuncah Kerjasama ASEAN Teluk GCC dan Sidang Kemuncah ASEAN GCC Plus China.
01:30Justeru, Menteri Komunikasi Dato' Fahmi Fakze berkata,
01:32langkah penutupan jalan dan kepedaran untuk beberapa buah sekolah untuk menjalani pengajaran dan pembelajaran PDPR di rumah.
01:41Diambil bagi mengelakkan kesesakan dan sebarang kesulitan kepada orang awam.
01:45Menjawab rungutan orang ramai, Fahmi menjelaskan Kuala Lumpur dipilih sebagai lokasi Sidang Kemuncah berkenaan berbanding Putrajaya kerana statusnya sebagai ibu negara,
01:57selain mahu mengambil kesempatan untuk memamirkan kepada delegasi luar kemajuan yang sudah dicapai sejak 10 tahun lalu.
02:04Jadi, ia bukan satu Sidang Kemuncah, tapi tiga.
02:09Ini yang membezakan Sidang Kemuncah kali ini berbanding dengan sebelum-sebelumnya.
02:16Bagaimana kita berjaya lakukan?
02:20We have to ask and thank Keputajan Pak for their exceptionally brilliant work assisting also with the Sekretariat, ASEAN Sekretariat.
02:31It's not easy to be able to convince the leaders of these countries to see how important a summit with ASEAN can be to strengthen the relationship between our respective regional groupings.
02:53Tambah Fahmi lagi, peluang menganjurkan acara seumpama ini tidak selalu hadir dan kerajaan mahu menggunakan sebaik mungkin terutama ketika kepimpinan Perdana Menteri menjadi perhatian dan buah mulut masyarakat antarabangsa.
03:05China menyatakan sokongan penuh terhadap Sidang Kemuncah ASEAN GCC China yang bakal berlangsung sekaligus menekankan kepentingan kerjasama yang dipertingkatkan antara Asia Tenggara, negara-negara majlis kerjasama teluk GCC.
03:22Sidang Kemuncah ASEAN GCC China dijadulkan berlangsung pada 27 Mei mampu memperkukuh perdagangan hubungan serantau serta integrasi ekonomi di tengah cabaran perdagangan global.
03:34Menurut Liang Jiang Jun, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ewa Asia, Kementerian Luar China, Sidang Tiga Hala itu merupakan platform penting menggabarkan kerjasama antara ASEAN, GCC serta China dalam pelbagai bidang termasuk infrastruktur, inovasi digital, keselamatan makanan, tenaga dan ketahanan rantaian bekalan.
03:55Liang berkata sidang itu merupakan lanjutan daripada usaha diplomasi pelbagai hala dengan negara-negara selatan global dan sebahagian daripada komitmen China untuk mempromosikan pembangunan inklusif, takbir urus global yang adil.
04:09Pengulas lanjut, beliau menyatakan terdapat potensi besar yang belum diterukai dalam bidang tenaga dan pertanian di ASEAN dan China mengalu-alukan lebih banyak ekspor pertanian dari negara-negara ASEAN.
04:19Liang turut menyifatkan Malaysia sebagai hub logistik dan pengeluaran serantau strategik dengan merujuk projek laluan ril pantai timur ECRL sebagai contoh kerjasama yang memberi manfaat nyata kepada rantau ini.
04:31Pembinaan hampir 80% siap ECRL mewujudkan koridor ekonomi baharu sekaligus meningkatkan mobiliti dan logistik antara pantai timur dan barat semenanjung.
04:40Dalam pada itu, kedudukan negara telah bersetuju untuk menubuhkan mekanisme kerjasama dan pakatan rail kereta api bagi mempercepatkan hubungan rentas penua termasuk perbincangan mengenai laluan berpotensi yang menghubungkan negara-negara jiran.
04:53Perdana Menteri Vietnam, PAM Min Chin telah meluluskan penubuhan sebuah syarikat penerbangan baru, Sun Fu Quoc Airways pada selasa.
05:06Syarikat penerbangan milik pemaju hartanah dan hospitaliti Sun Group akan memulakan operasi dengan pelaburan awal sebanyak 2.5 triliun dong atau 96 juta dolar Amerika dan dijangka melancarkan penerbangan pertamanya menjelang suku keempat tahun 2025.
05:23Pasaran penerbangan di Vietnam dengan populasi 100 juta penduduk dilaporkan berkebang pesat selepas pulih daripada pandemik COVID sekaligus mendorong syarikat untuk bersaing merebut bahagian pasaran.
05:35Sun Fu Quoc Airways yang akan beroperasi bersama syarikat penerbangan kebangsaan Vietnam Airlines, syarikat tambang rendah Vietjet Bamboo Airways dan V-Travel Airlines menyasarkan menambah 31 pesawat menjelang tahun 2030 dengan menyediakan penerbangan komersial dan sewaan khas.
05:57Sun Group sebelum ini telah melancarkan Sun Air sebuah syarikat penerbangan mewah yang menawarkan perkhidmatan jet peribadi premium kepada pelanggan elit.
06:06Sementara itu, Vietnam mencatatkan peningkatan 23% jumlah pelancong dari tahun ke tahun dalam 4 bulan pertama tahun ini dengan 7.7 juta pelancong tiba di negara itu.
06:17Perkongsian serantau dan integrasi ekonomi ASEAN terbukti menjadi antara strategi paling ampuh bagi melangani risiko ekonomi global yang tidak melentu, termasuk potensi dampak daripada dasar tarif AS.
06:33Syarikat, ahli ekonomi kanan Samuel Sekuritas Indonesia, Dr. Fitrah Faisal Hastiyadi, kekuatan ASEAN bukan sahaja terletak pada pasaran kolektifnya, tetapi pada kesediaannya untuk berunding, bertindak bersama dan memperkukuh sistem perdagangan terbuka demi kestabilan ekonomi serantau yang mampat.
06:53Katanya, dunia telah menyaksikan kemunculan pelbagai perjanjian perdagangan bebas, FTA, dan perjanjian perdagangan serantau antara negara ASEAN dan negara-negara seperti China, Jepun, Korea Selatan, Australia dan New Zealand.
07:11Itu bisa membantu kita menangkal risiko di tahun 2008 ketika terjadi global financial crisis.
07:19Jadi, kata kunci adalah ketika kita berkongsi secara regional dan multilateral, itu menjadi salah satu penangkal utama untuk menghadapi beberapa risiko ekonomi.
07:29Tidak hanya inflasi, tapi juga risiko pelambatan ekonomi, risiko depresiasi nilai tukar dan seterusnya.
07:37Walaupun AS kini lebih cenderung kepada pendekatan perjanjian perdagangan secara dua hala, ASEAN tetap boleh menjalankan rundingan-rundingan tersebut secara berasingan.
07:47Malah, langkah ini harus dipandang sebagai peluang dan bukan halangan.
07:52Beliau berkata demikian dalam program Niaga Awani.
07:57Australia giat memperkukuh hubungan dagangan dengan negara-negara ASEAN, khususnya Malaysia, dalam usaha berdepan ketidaktentuan dasar tarif AS.
08:06Menteri Perdagangan dan Pelancongan Australia, Don Farrell, menyatakan Malaysia sebagai rakan dagangan yang sangat rapat dalam satu sesi media di Australia,
08:16sumpena ulang tahun ke-70 hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.
08:20Menurut Farrell, tindakan Amerika Syarikat mengekalkan tarif impor asas 10% kepada negara dagangannya boleh memberi kesan dramatik,
08:30terutamanya kepada ekonomi kecil seperti Kemboja dan Laos.
08:34Sebagai langkah tindak balas, Australia kini memperbagai kehubungan dagangan dan telah memodinkan Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN Australia New Zealand atau ANZFTA.
08:44Australia menyatarkan peningkatan ekspor produk makanan dan wine berkualiti tinggi ke Malaysia,
08:49disamping memanfaatkan kerjasama dalam sektor mineral kritikal dan ekonomi digital.
08:55Syarikat seperti Linus Rare Earth telah meletakkan asas dalam bidang pemprosesan mineral di Malaysia dan Australia mahu memperluaskan lagi kerjasama ini.
09:03Malah, Farrell turut memuji bakat digital anak muda Malaysia dan melihat potensi besar dalam memperluaskan kerjasama dalam e-dagang dan teknologi digital.
09:11Mengulas kesan tarif AS, Farrell memberi amaran bahawa dasar itu boleh membawa kesan tidak langsung terhadap ekonomi global,
09:19termasuk peningkatan kos, tekanan pekerjaan dan inflasi di AS sendiri.
09:25Australia meletakkan kejakinan tinggi terhadap kepimpinan Malaysia sebagai pengurusi ASEAN 2025
09:29untuk menyelaras respon serantau terhadap cabaran perdagangan global yang sedang berlaku.
09:35Jabatan Persahabatan Lao Thai kelima yang menghubungkan wilayah Porim Camp Z di Lao dan Boing Khan di Thailand dijangka dibuka hujung tahun ini.
09:49Menurut pengarah projek di pihak Lao, pembinaan kini telah mencapai 98% dan buka lebih awal daripada jadual asal.
09:56Katanya, meskipun berdepan beberapa cabaran teknikal, logistik kerja-kerja pembinaan berjalan lebih pantas daripada dirancang lebih awal daripada jadual asal.
10:10Jabatan itu dijangka meningkatkan perdagangan rentas sempadan, pelaburan dan pelancongan serta menjadikan kawasan sempadan sebagai hub ekonomi baru di rantai Mekong.
10:19Direka bentuk sejak 2018 dan mula dibina pada Januari 2021, projek ini dibiayai bersama kerajaan Laos dan Thailand dengan pinjaman daripada Agensi Kerjasama Pembangunan Ekonomi Negara Jiran Thailand, NEDA, bagi bahagian Laos.
10:34Jambatan sepanjang 1,350 meter itu merupakan sebahagian daripada jaringan pengangkutan serantau, subwilayah Mekong besar dan dijangka merancangkan pertubuhan ekonomi di kawasan sempadan dua negara.
10:49Pertumbuhan aktiviti penerokaan dan perniagaan perlombongan di Kemboja telah menyumbang hampir 100 juta dolar Amerika dalam hasil bukan cukai pada tahun 2024, sekaligus mencatatkan peningkatan sebanyak 79% berbanding tahun 2023.
11:06Menteri Perlombongan dan Tenaga Kemboja Keo Ratanak menegaskan faktor keamanan telah mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk pembangunan negara termasuk dalam sektor perlombongan.
11:19Beliau memberitahu, meskipun sektor perlombongan negara masih di peringkat awal, Kemboja telah mencapai kemajuan ketara sekaligus menjana sumber pendapatan baru untuk kerajaan.
11:31Tambah beliau, Kemboja kini mempunyai banyak tapak perlombongan yang membekalkan permintaan domestik dan ekspor produk mineral ke luar negara.
11:39Jelas ratanak lagi, di wilayah kampung Spew, hasil bukan cukai seperti yuran dan permit daripada sektor perlombongan mencatatkan kutipan lebih 5 juta dolar Amerika pada tahun 2024 dengan 1,900 pekerjaan diwujudkan daripada 74 operasi perlombongan.
11:56Pakar ekonomi di Akademi Diraja Kemboja Hong Vanak memberitahu, peningkatan hasil mencerminkan tahap operasi perlombongan yang semakin positif, baik dari segi bilangan operasi mahu perpulangan yang diperoleh oleh pelabur.
12:08Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia MEF menyambut baik langkah kerajaan membenarkan pekerja sektor awam dan swasta untuk bekerja dari rumah BDR sempena sidang kemuncak ASEAN.
12:22Menurut Presiden MEF, Datuk Dr. Syed Hussein, Syed Husman berkata, inisiatif itu penting bagi memastikan pelaksanaan BDR tidak menjejaskan produktiviti syarikat, khususnya yang beroperasi di kawasan sekitar acara berprofil tinggi berkenaan.
12:41Katanya, MEF berpandangan BDR dapat membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas semasa program langsung namun perlu dirancang secara teliti.
12:49Kerjasama antara kerajaan, majikan, pekerja dan kesatuan sekerja amat penting bagi memastikan pelaksanaan yang seimbang dan berkesan.
12:58Menurut beliau, sebelum dasar BDR dilaksanakan, sesi libat urus bersama pihak berkepentingan, terutamanya sektor swasta dan pihak berkuasa tempatan, perlu diadakan bagi memastikan pelaksanaannya tidak menjejaskan produktiviti perniagaan.
13:11Syed Huzin berkata, pelaksanaan BDR dalam sektor swasta juga mungkin berdepan dengan cabaran kerana tidak semua majikan memiliki sistem pengurusan kerja fleksibel.
13:21Oleh itu, katanya pelaksanaan BDR perlu diselaraskan dengan kapasiti dan keperluan setiap syarikat termasuk dari segi teknologi, keselamatan data dan pemantauan prestasi pekerja.
13:31Mengulas selanjutnya, beliau berkata, keputusan kerajaan membenarkan BDR semasa sidang kemuncak menunjukkan pendekatan berhema sekaligus membuktikan pentadbiran kerajaan kekal berfungsi seperti biasa dengan hanya melakukan penyesuaian sementara demi kelancaran acara antarabangsa itu.
13:49Sekian saja untuk ASN 25, saya PR Nadia, salam hormat. Kita jumpa lagi.