Skip to playerSkip to main content
  • 7 months ago
V
Transcript
00:01Kerajaan Sabah bakal memansuhkan enakmen Mahkamah Anak Negeri Sabah 1992 dan menggantikannya dengan undang-undang baru yang lebih relevan dan berkesan.
00:11Ketua Menteri Sabah Datuk Sui Haji J Nur berkata, langkah ini sebahagian usaha berterusan memperkasa struktur institusi Mahkamah Anak Negeri demi memastikan kepentingan rakyat di peringkat akar umbi terus terbila.
00:24Sebenarnya banyak lagi inisiatif yang dilaksanakan kerajaan untuk kepentingan rakyat di peringkat akar umbi.
00:34Ini termasuklah cadangan untuk memansuhkan enakmen Mahkamah Anak Negeri Sabah 1992 dan digantikan dengan enakmen baru iaitu undang-undang enakmen Mahkamah Anak Negeri 2025
00:53dalam usaha untuk memperkasa dan memperkemaskan struktur Mahkamah Anak Negeri.
01:02Ini yang sedang kita buat bagi memastikan agar Mahkamah Anak Negeri lebih berkesan dan relevan.
01:12Haji J berkata demikian sewaktu merasmikan pelancaran perayaan Pesta Keamatan Peringkat Negeri Sabah tahun 2025 di Tambunan.
01:19Jelas Haji J, draft enakmen baharu itu telah disediakan oleh Madlis Hal Ehwal Anak Negeri Sabah dan kini dalam proses semakan dan penelitian oleh agensi-agensi berkaitan.
01:31Draft berkenaan dijangka akan dibentangkan dalam sidang Dewan Undangan Negeri setelah melalui proses kelulusan di peringkat Jemaah Menteri.
01:39Kerajaan Negeri turut memberi jaminan bahawa pelaksanaan enakmen baharu ini akan menambah baik sistem keadilan adat di Sabah.
01:46Terima kasih.
01:47Terima kasih.
01:48Terima kasih.
01:49Terima kasih.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended