00:00Seorang bapa kepada empat anak menarik nafas lega apabila terlepas daripada hukuman gantung sampai mati selepas mahkamah tinggi di Kuala Terengganu membebaskannya daripada tuduhan mengedar dadah.
00:13Muhammad Fazlah Ngah, 42 tahun, dituduh mengedar 73.86 gram dadah jenis metamfetamin di sebuah rumah di Felda Bukit Badeng, Hulu Terengganu pada 9 Jun 2022.
00:26Dia didakwa di bawah Seksyen 39B-1-A Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung jika sabit kesalahan.
00:40Bagaimanapun, Hakim Dato' Hassan Abdul Ghani memutuskan tertuduh dilepas dan dibebaskan tanpa perlu membela diri selepas mendapati pihak pendawaan gagal, membuktikan kes primafasi.
00:53Difahamkan, Muhammad Fazlah telah ditahan di penjara marang hampir 3 tahun lalu tanpa jaminan sejak kes itu bermula.
01:02Kes tersebut dikendalikan timbalan pendakwa raya Muhammad Khairuddin Idris, manakala tertuduh diwakili peguam, Wan Zainuddin Wan Musa.
01:10Terima kasih kerana menonton!
Comments