00:00Isu Palestine bukan hanya menyentuh dasar luar Malaysia, malah adalah isu kemanusiaan, moral dan prinsip yang menyatukan seluruh rakyat negara ini tanpa mengira latar belakang, kata yang dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul.
00:12Beliau menegaskan Parlimen Malaysia akan terus menjadi suara lantang di peringkat antarabangsa dalam memperjuangkan nasib rakyat Palestine yang telah lama disalimi.
00:19Johari berkata demikian menerusi satu kenyataan memetik ucapannya pada mesyuarat Kumpulan Parlimen Menyokong Palestine yang berlangsung di Istanbul, Turki baru-baru ini.
00:31Mesyuarat itu menghimpulkan Speaker dan Presiden Parlimen dari seluruh dunia dalam semangat solidariti memperjuangkan hak rakyat Palestine, menzahirkan kebersamaan komuniti antarabangsa dalam menghadapi krisis kemanusiaan yang berlanjutan.
00:46Dalam ucapannya, Johari menegaskan sokongan tidak berbelah bagi Malaysia terhadap penubuhan negara Palestine yang merdeka dan berdaulat berdasarkan sempadan PRAS 1967 dengan Baitul Magdis sebagai ibu negara.
01:00Beliau terus menyuruhkan kekesalan terhadap pelanggaran perjanjian gencata senjata oleh Israel sejak 18 Mac lalu meskipun ia dimaterai pada 15 Januari dengan pengantaraan Mesir, Qatar dan Amerika Syarikat.
01:12Jelasnya sokongan Malaysia bukan bersifat simbolik atau bermusim tetapi lahir daripada komitmen moral dan dasar luar negara yang berteraskan keadilan sejagat.
01:23Tambah beliau serangan perterusan terhadap Gaza adalah jenayah perang yang jelas melanggar undang-undang antarabangsa termasuk Konvensyen Geneva 1949.
01:34Johari terus mendolak sekeras-kerasnya sebarang usaha untuk memindahkan atau menempatkan semula rakyat Palestine secara paksa.
01:40Tegasnya itu adalah satu bentuk pembersihan etnik yang sama sekali tidak boleh diterima dalam masyarakat antarabangsa.
01:49Malaysia katanya mengecam tindakan nasihat Israel yang melarang operasi agensi bantuan dan kerja bangsa-bangsa bersatu untuk pelarian Palestine di Asia Barat, UNRWA, di beberapa wilayah Palestine.
02:00Program rasmi beliau di Istanbul dimulakan dengan kunjungan hormat ke atas Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, diikuti ucapan pembukaan oleh Speaker Pimpunan Agong Kebangsaan Turki, Prof. Dr. Numan Kartumus, serta Speaker Majlis Kebangsaan Palestine, Rauhi Fattu.
02:16Mesyuarat terus menyaksikan sesi meja bulat tertutup antara ketua-ketua Parlimen bagi membincangkan hala tujuh kumpulan itu sebelum deklarasi bersama diluluskan oleh semua delegasi.
02:29Delegasi Malaysia terus menyatakan komitmen untuk terus memainkan peranan aktif termasuk dalam penyelarasan dasar dan mendesak tindakan antarabangsa yang lebih tegas.
02:38Terima kasih telah menonton!
Comments