Kerajaan harus mempertimbangkan untuk menggaji guru bahasa Inggeris yang bersara daripada mengambil guru dari Singapura untuk mengajar bahasa itu dan mata pelajaran lain, kata bekas menteri Rafidah Aziz.
00:00Kerajaan harus mempertimbangkan untuk mengaji guru bahasa Inggeris yang besar daripada mengambil guru dari Singapura untuk mengajar bahasa itu dan mata pelajaran lain, kata bekas menteri Rafidah Aziz.
00:12Rafidah berkata, jika Malaysia mengambil guru dari Singapura, mereka perlu dibayar dalam dolar Singapura, yaitu 3.5 kali ganda, disebabkan kadar pertukaran matawang.
00:22Bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri itu mengulas kenyataan Perdana Menteri Anwar Ibrahim semalam bahwa beliau berbincang dengan rakan sejawatnya dari Singapura, Lawrence Wong, mengenai kemungkinan membawa guru dari Singapura ke Malaysia.
00:36Wong tiba di Malaysia pada malam selasa untuk lawatan kerja dua hari atas jemputan Anwar. Ini adalah lawatan sulung beliau ke Malaysia sebagai Perdana Menteri selepas mengangkat sumpah pada 15 Mei.
00:47Rafidah juga mencadangkan kerajaan menyemak semula sukatan pelajaran latihan guru untuk memasukkan kemahiran dalam bahasa Inggeris dan sukatan pelajaran sekolah untuk mempertingkatkan kemahiran dalam bahasa itu.