Skip to playerSkip to main content
  • 4 years ago
Kerajaan hari ini secara dasar bersetuju untuk meneruskan Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik 2020 (APEC 2020) yang dijangka hujung tahun ini menerusi persidangan secara maya.
Menteri Kanan (Perdagangan Antarabangsa dan Industri), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata ia bagi menunjukkan komitmen Malaysia sebagai tuan rumah APEC 2020, ketika dunia sedang berdepan ancaman COVID-19.
Bagaimanapun, Malaysia bersedia untuk mengadakan pertemuan secara fizikal antara ekonomi APEC sekiranya keadaan semasa mengizinkan.

Category

😹
Fun
Comments

Recommended