- 7 hours ago
Ketika harga minyak mentah global meningkat akibat konflik di Asia Barat, mampukah Malaysia terus mengekalkan harga RON95 pada RM1.99 sambil memastikan rakyat tidak terbeban?
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Terima kasih kerana menonton!
00:32Itu memberikan satu isyarat bahawa keperluan LNG ataupun gas dunia dan juga minyak dunia akan terjejas dan itu pun sudah
00:43pun kita lihat bagaimana pasaran saham dunia terkesan jatuh begitu juga dengan pasaran harga minyak brand dunia melambung naik dalam
00:52masa beberapa hari ini.
00:54Jadi bagaimana negara-negara menyerap tekanan ekonomi ini dengan kenaikan harga minyak yang melampau begitu juga bagaimana masa depan selat
01:05hormus itu adakah ia akan dibuka dengan beberapa pendekatan terutamanya AS menyatakan kapal-kapal minyak yang akan melalui gulf ataupun
01:16teluk dan juga melalui selat hormus akan cuba diiringi oleh tentera AS.
01:21syarikat. Begitu juga Perancis menawarkan diri untuk mengiringi kapal-kapal LNG dan juga gas yang akan keluar daripada teluk dan
01:30juga melalui selat hormus itu akan diiringi oleh vessel ataupun dari tentera laut Perancis.
01:37tetapi tekanan ekonomi sudah pun bermula apabila negara-negara tertentu sudah pun mencatu penjualan minyak dan gas untuk rakyat mereka.
01:47Begitu juga negara kita Malaysia walaupun kita tidak mendapat dampak yang terus tetapi Perdana Menteri sudah pun memberikan beberapa indikator
01:57untuk rakyat berwaspada.
01:59Jadi itu yang akan kita bincangkan. Dr. Mohd Syukri Syoib di talian pakar dasar politik ekonomi dan juga strategik antarabangsa.
02:09Prof. Dr. Baharum Abdul Hamid penanalisis ekonomi pusat pendidikan kewangan Islam antarabangsa ataupun INSIAF.
02:17Assalamualaikum Prof dan Dr. Syukri. Apa khabar?
02:22Prof. Kalau boleh bagi sedikit analisa awal, kalau kita boleh jangkakan kerana kenyataan-kenyataan daripada Trump dan juga pihak Teheran
02:34sendiri menyatakan bahawa perang ini akan panjang,
02:37perang ini tidak akan habis dalam masa yang terdekat walaupun beberapa kenyataan dari pimpinan-pimpinan negara teluk mereka menyatakan bahawa
02:49keadaan ekonomi dan juga apa yang dikatakan situasi di teluk itu tidak akan pulih dalam masa yang terdekat ini
02:56jika serangan-serangan dari pihak Iran ke kepentingan Amerika Syarikat terus berlaku di negara-negara teluk.
03:05Mungkin Prof ada indikator dan juga pandangan berkaitan dengan hal ini.
03:10Ok. Terima kasih Tuan Haji Nazri. Yang pertama sekali kita melihat bahawa krisis geopolitik ini semakin memuncak.
03:18Ketegangan yang kita jangka mungkin boleh selesai seperti mana ramalan awal Amerika Syarikat boleh selesai dalam masa yang singkat.
03:26kini telah berlanjutan dan semakin memuncak dan kesannya sudah mula dirasai oleh keadaan ekonomi global.
03:37Mungkin kita di Malaysia masih belum merasa bahang sepenuhnya.
03:42Tapi setengah negara lain seperti mana Jepun sudah mula menggunakan simpanan tenaga atau simpanan minyak mereka.
03:49So, balik kepada kita adakah ini satu kesan jangka pendek atas kesan sementara?
03:55Saya melihatnya sebagai melebihi satu kesan jangka pendek.
03:59Dan ini mungkin akan mempunyai satu kesan yang berpanjangan kepada ekonomi dunia.
04:04Dan lebih penting lagi kepada negara kita Malaysia.
04:07Ianya apa yang boleh kita gambarkan sebagai satu supply shock.
04:10Bukan sahaja satu kita kata krisis tenaga kan.
04:14Mungkin lebih ramai melihatnya sebagai hanya krisis tenaga, minyak dan sebagainya.
04:19Tetapi ia jauh melebihi daripada itu.
04:21Sebagaimana Tuan Najli kata tadi yang selat hormus merupakan satu lokasi perjalanan untuk kapal-kapal perdagangan.
04:31Maka, sektor logistik satu berlaku kenaikan di dalam harga kos.
04:37Iaitu kos tenaga adalah kos yang boleh katakan satu per tiga daripada segala kos.
04:43Maka, sudah tentu akan menyebabkan tekanan kepada inflasi global.
04:48Kedua, dia akan mengganggu rantaian perbekalan makanan.
04:52Dan ini juga dijangka memberikan kesan, kita panggil kesan inflasi yang mungkin akan berpanjangan.
04:59Maka, kita lihat walaupun Malaysia ini, kita merupakan sebuah negara yang kita kata mempunyai lebihan perdagangan tenaga.
05:09Tetapi jangan lupa, kita juga harus menyerap tekanan-tekanan inflasi yang lain yang bakal berlaku.
05:18Perdana Menteri telah memberikan bayangan bahawa mungkin sebulan-dua bulan ini kita mampu menyerap apa yang berlaku kepada ekonomi ataupun
05:29kesan ini.
05:30Tetapi jika ianya berterusan, mungkin kita terpaksa merangka semula strategi dan melihat kembali dasar pertumbuhan negara.
05:39Ya, Dr. Syukri, dengan indikator yang dikatakan oleh Perdana Menteri itu, kita masih mengekalkan subsidi minyak dan diesel yang kategorinya
05:52ataupun peruntukan dana daripada pihak kerajaan memang besar dan antara yang terbesar di dunia juga.
05:58Kita juga menyerap beberapa subsidi berkaitan dengan bahan-bahan makanan, terutamanya kita mengimport barangan makanan masih besar.
06:10Jadi, kalau kita boleh bayangkan perang ini berlanjutan, adakah kerajaan mampu untuk menyerap harga bahan bakar jika ia terus naik
06:20dan kita dapat mengekalkan harga subsidi sekarang?
06:23Dr. Syukri?
06:25Ya, terima kasih Tuan Haji Nazri, Prof dan juga Isro Awani.
06:28Dalam konteks ini, kita melihat bahawa inilah sebenarnya tanggungan kos yang disebabkan oleh aplikasi Iron Law of War yang dibuat
06:38oleh Amerika Syarikat dan juga rejim Zionis Israel itu sendiri.
06:42Seluruh masyarakat dunia termasuk kita sendiri pun tertanggung kos sebenarnya sangat liability lah ke atas aspek kemanusiaan.
06:52Kita melihat bahawa apabila penutupan selat hormos itu disebabkan oleh tindakan agresif Zionis dan juga Amerika Syarikat melakukan pembunuhan yang
07:02sangat kejam ke atas ketua negara.
07:04Ketua negara apa nama sebuah republik Iran.
07:08Jadi disebabkan itu tindak balas itu berlaku sehingga kita melihat bahawa selat hormos yang merupakan selat antara selat terpenting dunia.
07:18Kita ada beberapa selat yang sepatutnya dunia antarabangsa lindungi.
07:22antaranya selat hormos, selat melaka apa nama selat di antara Yemen dan juga Afrika itu juga selat Denmark serta juga
07:33selat Gibraltar itu sendiri.
07:35Ada beberapa selat yang sangat penting kepada kita terusan Swiss dan juga terusan Panama itu.
07:40Jadi dalam konteks ini kita melihat bahawa apabila terkait dengan aspek pengakutan logistik ya agar insurans telah pun dinaikkan.
07:49bahkan ada syarikat insurans yang tidak lagi cover untuk selarang apa nama pengangkutan kapal yang melalui selat perkenaan.
07:56Dan ada juga kita melihat kapal-kapal yang terpaksa berinteraksi seolah-olah menyatakan bahawa kapal mereka adalah kapal daripada China
08:04untuk mengelakkan serangan oleh apa nama tentera Iran itu sendiri.
08:08Jadi kalau kita lihat lebih 3,000 lebih kapal tersadar ya dan kita melihat selat hormos ini pula terkait dengan
08:16subsidi kita kerana apa?
08:17kerana lebih daripada 70% laluan kapal minyak itu apa nama adalah permintaan daripada Asia.
08:26Mereka menghantar logistik minyak itu ke pasaran Asia.
08:30Dan Amerika Syarikat hanya apa sebahagian saja volume, sebahagian kecil saja volume daripada laluan kapal yang kita katakan lebih kurang
08:3825%
08:39terus laluan apa nama minyak dunia, petrol dan apa nama dan juga LNG itu.
08:45Jadi disebabkan itu kita melihat bahawa Malaysia ini adalah merupakan negara syurga subsidi.
08:51Ya saya katakan sedemikian kerana pembiayaan dana negara yang sebenarnya kita belanjakan lebih kepada selain daripada emolumen.
08:58kan? Contohnya emolumen pencin, kaki tangan awam.
09:03Antara yang terbesar ialah kita apabila kita dapat perolehan daripada apa nama percukaian, daripada custom dan sebagainya ini
09:11kita belanjakan banyak untuk tanggungan kos kehidupan rakyat ya.
09:15Sebab itu kita katakan lebih kurang setahun kita menggunakan petrol saja lebih kurang, RON 95 saja lebih kurang 18 bilion
09:23liter.
09:23Jadi dalam konteks ini apabila ada kenaikan yang perlu dinaikkan, contohnya yang Ahmad Muhammad Perdana Menteri menyebutkan
09:30sekiranya penutupan itu berterusan maka mungkin kita boleh survive dengan harga subsidi sekarang
09:35sekitar dalam tempoh 60 hari atau 2 bulan saja.
09:39Cuma kita bertuah kerana kita mempunyai kecekapan, kecekapan pengurusan dari aspek apa nama bekalan petrol dan juga LNG itu
09:50memang konsisten di Malaysia ini dan ini adalah satu pengurusan apa nama dikatakan stok penimbal
09:57yang cekap lah ke atas negara. Kita tidak terjadi seperti mana Thailand, seperti mana Myanmar, seperti mana juga lain-lain
10:03negara ya.
10:04Jepun sendiri pun bergantung banyak kepada sektor import ke atas untuk apa nama bekalan petrol mereka.
10:11Jadi dalam konteks ini kecekapan subsidi, kecekapan apa nama stok kita harus kita perhatikan sedia masa
10:17dan juga rakyat saya ingat kena perlu faham situasi yang berlaku ke atas geopolitik dunia ini.
10:23Prof, kalau kita lihat angka-angka ya, apa yang diimport oleh kebanyakan negara-negara Asia
10:30yang dikatakan oleh Dr. Syukri berkaitan dengan tenaga gas dan juga minyak itu lebih daripada 70%
10:37disalurkan ataupun dibawa keluar ke negara-negara Asia. Misalnya, Filipina mengimport dari negara-negara teluk sekitar 96%
10:46untuk keguruan tenaga mereka dari negara teluk. Kalau Vietnam sekitar 87% manakala Thailand sekitar 74%.
10:57Begitu juga angka yang lebih kurang berlaku kepada Indonesia dan juga negara-negara seperti Myanmar
11:03Dr. Syukri katakan tadi. Kalau negara-negara maju Jepun dan juga Korea juga terpaksa menggunakan stok penimbangnya
11:11pengimbalnya sekarang, kita boleh bayangkan jika ia berterusan. Jadi bagaimana pengurusan negara kita
11:19Malaysia untuk memastikan memang kita men-export minyak kerana minyak kita men-export tapis yang berkualiti tinggi
11:26untuk kegunaan aeronautik dan sebagainya. Tetapi untuk kegunaan kenderaan kita yang kita dapat subsidi
11:32setiap kali kita berhenti di petrol pump dan sebagainya itu adalah kebanyakan-banyakan diimport.
11:38Jadi bagaimana kita boleh bagi senario kerana masyarakat kurang faham di luar sana.
11:43Kita negara pun eksport minyak dari Sabah, dari Sarawak, dari Tengganu.
11:47Tetapi kenapa kerajaan sibuk-sibuk nak bagi amaran, kena ikat perut, kena berhati-hati subsidi RM1.99 ini
11:55boleh bertahan sebulan dua saja lagi. Pandangan Prof.
11:59Terima kasih Tuan Haji. Tuan Haji memang betul apa yang Tuan Haji katakan. Kita secara dasarnya
12:05kita men-export minyak tapis yang kualitinya tinggi dan kita mengimport minyak yang kurang berkualiti
12:12untuk kegunaan tempatan. Dan minyak-minyak ini melalui daripada Asia Barat dan ini
12:18menyebabkan tekanan kepada kantong negara. Memang tidak dapat dinafikan apabila berlakunya
12:24kenaikan harga di dalam minyak dunia, negara memperolehi menafaat daripada hasilnya.
12:31Tetapi jangan lupa pada masa yang sama, kita terpaksa menampung subsidi yang lebih.
12:37Apabila minyak menaik, kita subsidi yang lebih. Dan subsidi ini adalah pergi kepada
12:42bahagian yang tidak produktif. Yang mana jika duit ini dapat digunakan oleh negara
12:46kepada sektor yang produktif yang lain, maka kita dapat membina negara.
12:51Alhamdulillah kita telah bermula sejak awal di mana kita sudah pun mempunyai subsidi bersasar.
12:57Jadi tekanan subsidi kita agak sedikit berkurangan berbanding daripada masa lampau.
13:03Pada masa lampau, kita subsidi secara pukal. Tetapi sekarang ini kita sudah ada skim budi.
13:09Jadi maksudnya subsidi itu agak terkawal dan boleh kita hedgekan. Kita boleh ramal dan kita boleh jangka.
13:16Begitu juga subsidi diesel dan sebagainya. Tapi satu saya suka ingatkan di sini,
13:21ramai yang melihat ini sebagai satu sekatan terhadap perjalanan laut iaitu di Selat Hormuz.
13:28Tetapi mungkin ada yang terlepas pandang bahawa ruang udara di Teheran, Esfahan
13:35dan juga di negara-negara Timur Tengah juga adalah satu yang kita kata amat penting
13:41untuk perjalanan udara. Di mana apabila lakunya penerbangan daripada rantau ini
13:48ke rantau Eropah ataupun rantau di sebelah sana, boleh dikatakan 80 ke 90 peratus
13:53terpaksa melalui. Ya, dilencongkan. Ya. Dan apabila ruang udara ini ditutup
13:59seperti mana berlakunya sekarang maka mereka ini terpaksa melencong jauh
14:04dan ini menyebabkan apa yang kita panggil double barrel punya tekanan eh
14:10minyak jet meningkat perjalanan semakin jauh. Dan ini sudah pun dirasai oleh beberapa
14:17syarikat penerbangan baik di luar negara seperti Air New Zealand dan sebagainya
14:21sudah pun melaungkan tekanan terhadap mereka. Malah juga kepada Air Asia X kita
14:28yang sudah mula merasai kerana mereka tidak hedge harga-harga minyak ini.
14:34Dan jangan kita lupa tahun 2026 adalah tahun melawat Malaysia di mana kita
14:39mempunyai beberapa ramalan pengunjung dan sebagainya hasil yang kita akan
14:44prodi maka kita terpaksa menyemak kembali. Tetapi macam saya katakan tadi
14:49mungkin sebulan dua bulan ini kita masih lagi boleh menyerap tekanan tapi
14:54jika dia melebihi daripada itu maka kita terpaksa melakukan satu
14:58perlaksanaan baru kita kena melihat balik ramalan pertumbuhan ekonomi
15:03balik ramalan penyumbang kepada pelancongan tahun melawat Malaysia dan
15:08sebagainya. Tetapi insyaAllah saya merasakan mungkin perang ini akan
15:13tamat tetapi apa yang kita risaukan seperti mana berlaku di perang-perang
15:19sebelum ini dia akan ada sporadic unrest di mana dia akan ada sedikit letupan
15:25di suicide bomba di sana sedikit letupan di sini dan ini akan menyebabkan satu
15:30tekanan berterusan dan kita ringgit Malaysia kita hampir kembali kepada
15:36zaman lampau yang kukuh di sini sedikit tergendala di mana apabila US dollar
15:43itulah perancangan asal dia pun untuk mengukurkan US dollar dia menimbulkan
15:48keganasan dan menimbulkan semua unsur-unsur geopolitik ini Tuan Haji.
16:06Dr. Syukri bagaimana ataupun sejauh mana Malaysia perlu lebih resilient ataupun
16:13lebih bertahan kerana kita negara berdagang kita apa yang berlaku di seluruh dunia walaupun sejauh di
16:22Amerika Selatan ataupun di utara Alaska ataupun yang terkini di Selat Hormuz dan
16:28perang ke atas Iran itu memang ratusan ribu kilometer dari negara kita
16:34Malaysia tetapi kita amat rentan terdedah kepada kesan-kesan jangka masa pendek
16:41sederhana dan juga masa panjang itu kita sudah lihat episodnya banyak kali perang
16:48irang Iraq, perang teluk, apa yang berlaku di Ukraine, apa yang berlaku juga ke atas
16:56apa itu beberapa insiden-insiden utama dunia sebelum ini termasuk COVID pada 2020 dan sebagainya
17:03adakah kita belajar, adakah kita sudah pun ada ataupun pelan kecemasan terutamanya
17:11stok pengimbal kita berkaitan dengan tenaga barang-barang yang kita terpaksa import misalnya
17:19produk makanan haiwan kerana inilah yang menyebabkan makanan kita protein kita mahal kerana kita
17:26mengimport begitu banyak dedak ataupun barangan keperluan tenakan kita pandangan Dr. Syukri
17:32Ya terima kasih Tuan Haji dan Isra Wani. Kita melihat bahawa dalam keadaan sekarang ni lebih
17:38kurang apa nama 10 tahun ke terakhir ni kita berlakunya multiple data systemic shock ataupun
17:46tekanan yang perbagai yang secara berterusan eh kalau kita melihat bahawa di era
17:51pertadbiran Trump yang pertama dulu pun kita telah berhadapan dengan
17:54perbagai-bagai situasi ya termasuk juga kita melihat bahawa gugatan dari segi tarif ya dan
18:00kemudian kita melihat bahawa tekanan di apa nama disebabkan oleh perang dagang
18:05antara Amerika dan juga China ya itu menggugat kita ada itu permulaan sistemiknya
18:12berlaku ya kalau kita lihat bahawa tekanan ekonomi ini sentiasa berterusan dan kita
18:16melihat bahawa COVID-19 juga kemudiannya terjadi kemudian kita melihat bahawa
18:21perang Rusia-Ukraine 2022 eh gugatan apa nama yang dilakukan serangan
18:26Israel Hamas eh yang kemudian Israel Lubnan dan kita melihat bahawa dalam
18:31konteks ini eh apa nama belum selesai isu perang tarif kemudian dilakukan
18:36serangan yang mengejut ke atas eh antartika ekonomi dunia. Saya sebutkan
18:41Asia Barat ni sebagai antartika ekonomi dunia kerana kita melihat bahawa
18:45selain daripada sumber petrol eh yang apa nama yang lebih murah berbanding
18:50kalau kita di Malaysia eh kualiti minyak yang kita perolehi di dalam
18:54apa nama muka bumi Malaysia ini adalah di antara tangga kedua yang
18:58terbaik ya yang terbaik dan kita apa nama banyak apa nama
19:03menghasilkan apa nama produk-produk yang lebih berkualiti daripada
19:07minyak kita dan kita jual di pasaran antarabangsa dan kita
19:10mengimport minyak yang lebih murah terutama di Asia Barat tu. Asia
19:13Barat menjadi pilihan kerana kualiti minyaknya mudah ditapis berbanding
19:17minyak Venezuela dan minyak kita yang lebih berkualiti eh. Jadi
19:21dalam konteks itu juga kita melihat bahawa logistik
19:23penerbangan eh penerbangan menjadi satu gugatan kepada kita.
19:27Malaysia lebih lebih daripada 90 peratus eh cargo dihantar
19:32melalui jalan laut maritime eh sebab tu kan kita berada di
19:35Selat Melaka dan Selat Melaka itu di aa dijadikan satu pelabuhan
19:39interport yang terpenting dunia eh kapal-kapal antarabangsa datang
19:43berlabuh dan sebagainya dan kita juga adalah masyarakat pengguna
19:46yang konsisten dan terbaik dunia eh.
19:49Kerana kalau kita lihat seperti Jepun, Cina dan juga Korea
19:53mereka lebih kepada menabung. Ya penabungan sehingga menyebabkan
19:57mereka tidak menggalakkan interest dalam negara kita. Sebab tu
20:01dasar apa nama OPR dan sebagainya di Jepun eh sampai kosong peratus
20:06ya. Jadi disebabkan itu juga sikap kepenggunaan peruncitan di
20:11Malaysia ni mampu menyelamatkan aa keadaan ekonomi kalau kita
20:14berlakunya gugatan yang perbagai ni. Disebabkan itu juga kita
20:18melihat pada tahun 97-98 apabila kerajaan menyasarkan contohnya
20:22pencairan aset seperti emas ya dan juga kita menjual apa nama
20:27lebih banyak sektor hartanah. Kemudian pada masa yang sama
20:30pemberian-pemberian kerajaan ya. Kita dalam konteks Malaysia
20:34ini subsidi bukan sahaja terhadap aa petrol, terhadap apa bekalan
20:38makanan ya. Tetapi juga aa keperluan asasi saja tapi kita
20:44memberikan aa dana, memberikan wang kepada rakyat untuk dibelanjakan
20:48terutama kalau kita lihat dimasukkan dalam IC dan sebagainya
20:51dan ini sebenarnya menjurus kepada apa? Kepada peningkatan aa
20:55apa nama wang boleh guna oleh rakyat. Dan apabila sektor
20:59peruncitan ini aktif terutama di masa krisis seperti ini maka dia akan
21:03menyebabkan satu apa nama lonjakan permintaan ke atas barang dan
21:07yang paling penting kalau tidak melonjak pengekalan permintaan ke atas
21:11barang-barang runcik terutamanya barang buatan Malaysia. Disebabkan
21:15itu juga kalau kita Tuan Haji aa persebutkan mengenai elemen
21:18food security ya. Kalau kita nak kekalkan harga pentenakan
21:22kita, harga barang-barang ternak kita ya. Ialah antaranya kita
21:25mengadakan aa self suspicion ya. Kalau kita lihat di di Qatar
21:29dulu ya. Apabila Qatar berlaku apa nama sekatan oleh
21:33negara-negara jiran oleh terutamanya oleh orang Saudi.
21:36Mereka boleh survive antara nama-nama syarikat yang besar
21:39seperti Balatnar dan sebagainya. Membekalkan makanan harian kepada
21:43mereka ya. Jadi self suspicion ini juga kita melihat berlaku di Iran ya.
21:48Di Iran. Walaupun mereka hidup dalam kesusahan, dalam kemiskinan
21:51tetapi kita harus kagum dengan formula bagaimana mereka
21:54aa mengalami embargo dan juga gugatan sehingga pasaran minyak
21:58mereka tidak dapat dipasarkan di pasaran antarabangsa
22:01kerana gangguan oleh apa nama pihak antarabangsa terutama
22:04Amerika Syarikat dan regime zonis. Jadi dalam konteks ini
22:07Malaysia tidak ketinggalan dalam aspek ini kerana kita telah
22:10mempersiap siagakan dari segi sistem kewangan kita. Gabungan bank
22:14yang dilakukan sehingga tahun 1997 hingga tahun 2001
22:18membuahkan hasil ya. Sektor perbankan kita sangat prudent
22:22sangat resilient ya. Kerana kita melihat bahawa dengan formula yang
22:26dilakukan oleh majlis sindakan ekonomi negara ya. Sebab itu kita
22:29ada satu badan pemikir. Antara badan pemikir yang paling penting
22:33ketika krisis ialah majlis sindakan ekonomi negara dan saya ingat
22:37formula-formula pentadbiran inilah yang menjayakan Malaysia untuk kekal
22:41melepasi berbagai-bagai apa nama gugatan apa nama yang bersabit
22:47dengan bukan sahaja minyak tetapi bersabit dengan apa nama aspek-aspek
22:51yang lain. Dan kita melihat pada 2008 pun kita juga terpaksa
22:55meningkatkan kalau bulan 6 dari rata silap saya 2008 melakukan
22:59peningkatan sehingga 20% sahaja minyak dan sebagainya. Jadi dalam
23:03konteks ini Malaysia saya fikir dalam keadaan ini pihak kerajaan
23:06dan juga mempunyai badan pemikir yang boleh mengumpulkan
23:10syosyo dan penilaian yang sangat proaktif untuk memastikan
23:13elemen food security kita kekal, elemen peruncitan kita juga kekal
23:18berdaya saing dan pada masa yang sama ialah tidak berlaku gugatan
23:22kewangan, renjatan kewangan ke atas rakyat dan juga ke atas
23:26apa dana negara itu sendiri. Dan juga kita melihat bahawa
23:29Petronas boleh dijadikan antara satu sumber untuk membolehkan
23:33daya upaya dana antarabangsa kita dapat manipulasi dia
23:37menjadi satu syarikat yang sangat-sangat dominant sehingga
23:41apa nama membolehkan bukan sahaja kita bergantung kepada
23:44pencairan sumber asli minyak kita di pengkat tempatan tetapi
23:48kita juga berjaya meneroka pasaran telaga minyak antarabangsa.
23:52Ini adalah merupakan satu kejayaan yang boleh menyumbang kepada
23:56untuk memastikan self sufficient kita, self reliant kita
24:00di Malaysia ini kekal utuh.
24:02Ok, Prof sedikit, untuk kita dapat mengekalkan harga
24:06subsidi round 95 RM9.99 budi madani.
24:12Kita ada subsidi diesel juga.
24:14Kita juga sudah pun menyasarkan subsidi untuk elektrik
24:18isi rumah dengan perbandingan harga kepada
24:22kegunaan industri dan pastinya banyak elektrik ini kita
24:26terjana dengan penggunaan bahan bakar fosil.
24:29Pandangan Prof.
24:30Ok, Tuan Haji.
24:32Memang betul kita kata kita akan menghadapi tekanan
24:36kerajaan terpaksa menampung subsidi yang lebih dengan
24:41kenaikan di dalam harga minyak dunia.
24:44Tetapi pada masa yang sama kerajaan memperolehi hasil yang
24:48lebih melalui apa yang disumbang oleh Petronas kepada negara.
24:52tetapi sejauh mana kita boleh menampung jika keadaan ini
24:56berterusan.
24:57Macam saya kata tadi, kita mungkin telah direzekikan
25:01dengan awal di mana kita telah melaksanakan sistem budi
25:05di mana kita memberikan subsidi bersasar.
25:09Dan sekarang ni sistem budi inilah yang mungkin kita boleh
25:12bermain dengan kotanya.
25:14Jika kita mengatakan kotak sekarang ni 300 liter,
25:17mungkin pada ketika krisis ataupun ketika memuncaknya harga,
25:23kita kurangkan sedikit menjadi 250 liter untuk setiap rakyat
25:28yang berkelayakan.
25:30Dan ini secara tidak langsung akan memberikan sedikit
25:34kerendaan, kerengsaan kepada negara.
25:37So itu salah satu mekanismanya.
25:39tetapi kita harus berhati-hati juga di mana kita tidak
25:43mahu bahawa transmisi inflasi ini menaikkan peningkatan
25:47kos yang melampau kepada pengeluar makanan,
25:51barangan dan perkhidmatan di mana ini mungkin akan
25:54dipastru kepada konsumer dan ini akan menyebabkan kos
25:58sara hidup yang semakin meningkat.
26:00Sebagaimana kita ingin menjaga kebajikan rakyat,
26:04pada masa yang sama kita rakyat juga harus memahami
26:07apa yang kita panggil aspirasi dan masalah negara juga.
26:11Jadi seboleh mungkin inilah ketikanya kita bantu kita
26:15di mana kita memberikan
26:16khasnya membeli barangan Malaysia,
26:19menguatkan SME negara dan memberikan pengukuhan
26:22dari setiap sudut dan kita harus akur.
26:25Sebagaimana Dr. Syukri kata tadi, kita mempunyai badan-badan
26:27pemikir seperti majlis sindakan ekonomi yang akan
26:30melakukan perlaksanaan dasar-dasar baru.
26:33Namun saya percaya PMX,
26:36mempunyai kebajikan rakyat dan kebajikan negara
26:40sebagai utmost priority dan seboleh mungkin tidak
26:44mahu memberikan tekanan khasnya sara kos sara hidup
26:47ataupun tekanan inflasi.
26:49Yang pasti, inflasi barangan import akan berlaku.
26:52Yang pasti, inflasi makanan akan berlaku.
26:56Tetapi sejauh mana kita dapat mengawal,
26:58kita harus berhati-hati di dalam ini.
27:00dan insya Allah, macam saya katakan tadi,
27:03kita mempunyai mekanisme subsidi yang disasarkan
27:07agar dapat membantu golongan yang memerlukan
27:10dengan secara telus dan terus.
27:13Ok, menarik.
27:14Saya rasa perbincangan ini boleh diteruskan
27:17dalam sisi yang lain pula.
27:19Prof. Dr. Baharum dan juga Dr. Syukri.
27:22Menarik untuk sebagai pemulaan untuk kita faham
27:24kerana rakyat mungkin pada mereka mudah sahaja.
27:28kenapa kerajaan nak tarik balik,
27:30kenapa kerajaan tak boleh pertahankan budi madani dan sebagainya.
27:32Tetapi itulah senarionya.
27:34Ia bukan hanya memberikan impak kepada Malaysia,
27:37tetapi seluruh dunia.
27:38Negara maju, negara membangun,
27:40apatah lagi negara yang rentan
27:42yang amat mudah terkesan apabila berlakunya
27:45kekecohan di peringkat global, perang dan seumpamanya.
27:48Terima kasih Dr. Syukri.
27:50Terima kasih Dr. Baharum, Prof. Dr. Baharum Abdul Hamid
27:52dari INSIAF.
27:53Sekian, Assalamualaikum.
27:54Kita jumpa lagi.
Comments