Selepas kali terakhir fenomena gerhana matahari Anulus (Cincin) berlaku di Malaysia pada 21 tahun lepas, rakyat negara ini hari ini berpeluang menyaksikan keajaiban alam yang unik dengan jelas, khususnya di dua tempat - di Tanjung Piai, Johor dan Serian, Sarawak.
Kejadian gerhana matahari Anulus itu, yang jarang-jarang berlaku di Malaysia dan kali terakhir dilihat pada 22 Ogos 1998, di Mersing, Johor, menarik perhatian orang ramai yang mengambil kesempatan untuk menyaksikan fenomena alam itu.
Comments