• 3 minutes ago
Kerajaan terus memperkukuh mekanisme penyampaian maklumat kecemasan menerusi pelaksanaan Sistem Amaran Awal MySiren yang mula beroperasi pada 19 November lalu.

Ujian di seluruh negara hari ini turut menilai keupayaan sistem berkenaan dalam menyampaikan amaran kepada orang ramai ketika berlaku situasi kecemasan.
Transcript
00:00Kerajaan terus memperkukuh mekanisme penyampaian maklumat kecemasan menerusi pelaksanaan sistem amaran awal MySiren yang mula beroperasi sejak 19 November lalu.
00:10Ujian di seluruh negara hari ini turut menilai keupayaan sistem berkenaan menyampaikan amaran kepada orang ramai ketika berdepan dengan situasi
00:18kecemasan.
00:22Pelaksanaan ujian sistem amaran awal MySiren di seluruh negara hari ini menjadi langkah penting dalam memperkukuh kesiapsagaan negara menghadapi sebarang
00:31situasi kecemasan.
00:33Menerusi teknologi Cell Broadcast, sistem ini membolehkan maklumat amaran disalurkan secara terus ke telefon pintar tanpa pengguna bergantung kepada rangkaian
00:42SMS.
00:43Jom kita dengarkan Menteri Komunikasi, Datuk Sri Fahmi Fadhil mengenai ini.
00:55Menteri Komunikasi, Datuk Sri Fahmi Fadhil berkata ujian itu turut membolehkan pihaknya menilai keberkesanan sistem berkenaan selepas ia mula beroperasi
01:05pada 19 November lalu.
01:07Dan setakat maklum balas langsung yang kami terima tadi, dari Padang Besar hingga ke Pulau Sebatik, hingga ke Tawau.
01:19Maklum balas yang diterima adalah mereka mendapat amaran yang telah diteruakan dan kalau kita lihat, pemakluman itu dan amaran itu
01:31telah berlaku secara serentak.
01:34Jadi kita di NDCC ini, setelah saya sejurus selepas saya menekan confirm untuk menghantar keluar mesej ujian itu, hampir serentak
01:46seluruh negara mendapat maklumat yang sama, maklumat amaran yang sama.
01:50Jadi this is instantaneous information yang kita sebabkan. Dia tidak melalui saluran SMS dan kita tidak mengumpul maklumat daripada pengguna.
02:02Dia adalah menggunakan cell broadcast system.
02:06Pelaksanaan sistem itu dijangka memperkukus saluran komunikasi antara pihak berkuasa dan masyarakat ketika berlaku kecemasan.
02:14Baik, keupayaan sistem ini penting bagi memastikan masyarakat menerima maklumat lebih awal dan mempunyai masa untuk mengambil langkah keselamatan sekiranya
02:23berdepan ancaman bencana.
02:26Orang ramai juga dinasihatkan supaya sentiasa peka terhadap amaran yang diterima, mematuhi arahan pihak berkuasa serta mengutamakan keselamatan diri dan
02:35keluarga.
02:37Dari Markas Smart, Pulau Meranti, Pucung, Yasmin Ahmad untuk Estro Awani.

Recommended