00:01Seramai 477 graduan daripada 12 program latihan kerjaya Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Mawib menerima pengiktirafan sempena Majlis Graduasi dan
00:12Apresiasi Latihan Kerjaya Mawib kali kelima.
00:15Pengurusi Mawib, Datuk Said Kamarul Zaman Said Kabir berkata, program latihan kerjaya yang dilaksanakan dengan kerjasama sembilan agensi dan institusi
00:25itu menyediakan peluang kepada golongan asnaf untuk meningkatkan kemahiran serta keupayaan diri bagi membolehkan mereka memperoleh pekerjaan.
00:33Menurutnya, pelaksanaan program berkenaan melibatkan peruntukan keseluruhan RM10.67 juta dan sehingga November 2026, seramai 307 graduan berjaya memperoleh pekerjaan
00:47di pelbagai syarikat seluruh negara.
00:50Melalui latihan kemahiran seperti ini, golongan asnaf diberi peluang untuk berdikari, menjana pendapatan dan membina kehidupan yang lebih terjamin.
01:03Terus kerjasama yang pihak majikan perlu bermula sejak peringkat perancangan latihan, agar kemahiran yang diajar menepati keperluahan industri.
01:14Pada masa yang pertama, majikan berpeluang mengenali potensi peserta sebelum menawarkan kerjaan.
01:22Manfaat latihan itu turut dirasai penerima anugerah pelajar terbaik Nur Fikri Alif Abdul Ghani, 27 tahun, yang kini bekerja sebagai
01:31pengendali kren selepas mengikuti
01:33kursus operator mobile kren selama dua bulan dalam latihan kerjaya Mawib.
01:38Saya rasa terharu, bangga sebab saya dapat banggakan keluarga saya, sepanjang hidup saya, ini baru pertama kali saya graduasi.
01:49Kalau tak ada belajar macam ni, saya tak dapat rasa lah tempat macam ni.
01:55So, saya rasa bangga lah sebab saya anak borsu.
01:59Saya rasa bertuah, dapat anugerah terbaik anak isteri sajalah.
02:05Bangkit dengan semangat saya, sentiasa buat saya rasa terus bersemangat nak buat yang terbaik lah.
02:13Selain Nur Fikri, seorang lagi penerima anugerah pelajar terbaik, Ayadi Muhajir Khusairi, 30 tahun, turut memperoleh manfaat sama menerusi kursus
02:23fiber optik yang disertainya.
02:25Menurut Ayadi Muhajir, latihan berkenaan membantunya memperoleh kemahiran teknikal dan pengetahuan asas yang diperlukan untuk memasuki alam pekerjaan.
02:34Alhamdulillah, saya sangat bersyukur lah ke menjadi salah seorang yang terpilih untuk menerima bantuan latihanan kerjaya dalam bentuk kursus latihanan
02:44kerjaya fiber optik di bawah tajaan Mawin.
02:47Saya sangat bersyukur sebabnya dengan hasil daripada para pembayar zakat, saya mampu terima latihan ni dan juga Alhamdulillah sekarang saya
02:57juga menjadi salah seorang pembayar zakat lah.
03:00Saya mampu menstabilikan tarah hidup keluarga saya, hasil daripada pembayaran zakat, semua pembayar zakat dan juga pihak Mawin.