00:00Lembaga Zakat Selangor melaksanakan sepenuhnya proses pendaftaran dan pelantikan penolong amil secara digital bagi sesi 2027 hingga 2030 menerusi sistem
00:12pendaftaran penolong amil yang membabitkan semua masjid di negeri ini.
00:16Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Selangor Muhammad Khadzir Syahari berkata sistem baru itu diperkenalkan bagi memperkemas urusan pelantikan membabitkan tiga kategori
00:27iaitu penolong amil karyah, penolong amil fitrah dan penolong amil komuniti.
00:33Menurutnya, sistem yang mula digunakan pada 24 November lalu itu membolehkan pihak masjid menguruskan pelantikan secara lebih sistematik termasuk penyediaan
00:43surat tawaran, surat pelantikan, terma dan syarat, panduan setekat tauliah yang dilengkapi kod respons pantas QR.
00:51Kita ada 440 lebih masjid di Selangor dan setiap masjid akan ada penolong amil karyah Lembaga Zakat Selangor dan jumlah
01:02keseluruhan penolong amil karyah di negeri Selangor ini adalah sejumlah 4,101.
01:08Kita telah membina satu sistem di mana di dalam core sistem kita, kita juga akan linkkan ataupun hubungkan sistem itu
01:16kepada penolong amil karyah yang baru kita latih inilah.
01:19Jadi apa peranan penolong amil karyah itu? Mereka akan download aplikasi itu di dalam handphone mereka dan dengan menggunakan digital
01:28ataupun menggunakan sistem digital yang kita ada ini, mereka boleh mengenal pasti dan mereka boleh registerkan asnaf itu melalui sistem
01:37yang kita introduce itu.
01:38Sebelum itu untuk kita appoint mereka, mereka semua akan di appoint menggunakan digital juga di mana dia punya letter of
01:48offer, terma dan syarat dan juga dia punya kad tauliahnya akan ada dalam sistem digital.
01:53Jadi apa yang kita boleh buat? Kita boleh tahu pergerakan ke mana asnaf-asnaf ini, pemantauan mereka dan kita juga
02:01boleh tahu di mana utilisation sistem-sistem itu kalau ada penolong amil itu sendiri yang belum berapa mahir, jadi kita
02:08boleh pergi dan sama-sama untuk membantu mereka untuk memahirkan.
02:12Tetapi di sinilah dia cabaran di Zakat Selangor. Untuk menyantuni 80,000 asnaf sekarang dan juga jumlah permintaan untuk mendapat
02:22bantuan Zakat itu yang tinggi, kita tidak boleh menggunakan cara manual.
02:26Jadi kita mesti pastikan sistem digital kita diperkasakan dan mantap dan canggih supaya kita dapat memberikan servis yang terbaik.
02:34Terima kasih kerana menonton!