Selepas kira-kira lima bulan penduduk Kampung Sungai Lang Tengah, Banting 'terseksa' dengan kedegilan pihak pemaju yang terus menggunakan jalan kampung sebagai laluan lori lebih muatan, situasi itu memuncak dengan kemalangan sebuah kenderaan berat itu pada Sabtu, lapor wartawan Sinar Harian, Muhammad Afham Ramli.

Kemalangan kira-kira jam 3.30 pagi dipercayai berpunca kerana lori membawa muatan besi tersebut gagal melepasi selekoh laluan tersebut sebelum terbalik dan hampir kesemua bahagian kenderaan itu terperosok masuk ke dalam parit.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/806564/edisi/selangor-kl/ratusan-batang-besi-bertaburan-jalan-ditutup-lebih-12-jam

Muzik: Wicked Cinema Ricochet dari soundstripe.com

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaTerkini #AduanRakyat #Banting #Penduduk
Transcript
00:00Selepas kira-kira 5 bulan penduduk kampung Sungai Lang Tengah Banting terseksa dengan kedegilan pihak pemaju yang terus menggunakan jalan
00:08kampung sebagai laluan lori lebih muatan,
00:11situasi itu memuncak dengan kemalangan sebuah kenderaan berat itu pada Sabtu.
00:15Kemalangan kira-kira jam 3.30 pagi dipercayai berpunca kerana lori membawa muatan besi tersebut,
00:21gagal melepasi selekoh laluan tersebut sebelum terbalik dan hampir kesemua bahagian kenderaan itu terperosok masuk ke dalam parit.
00:30Biarpun tidak menyebabkan kemalangan jiwa, muatan ratusan batang besi itu berterabur di dalam parit hingga proses pengalihannya mengambil masa lebih
00:3812 jam selain jalan terpaksa ditutup.
00:42Sinar harian dimaklumkan laluan kenderaan berat itu sudah ditetapkan tanpa melalui jalan kampung.
00:48Ketua Kampung Sungai Lang Tengah Nur Azura Muhammad Nasir berkata, beliau bersama Ketua Kampung Berhampiran, penduduk serta agensi penguatkuasa sudah
00:56membuat empat kali perjumpaan dengan pihak pemaju.
01:00Menurutnya, perbincangan ini bagi mencapai kata mutamat agar tiada lagi laluan lori muatan berat itu melalui kampung.
01:06Selain itu, beliau turut menerima surat bantahan mengenai isu tersebut dari tiga sekolah yang bimbang tentang keselamatan pelajar mereka.
01:14Jelasnya, isu ini perlu diambil catna dan bukan semata menahan lori, tetapi kebajikan dan keselamatan penduduk perlu dijaga.
01:24Kampung Berhampiran, penduduk serta agensi penguatkuasa sudah membuat kejahatan.
01:27Terima kasih.
01:28Terima kasih.

Recommended