Pengorbanan dan khidmat bakti wanita dalam menguruskan keluarga dan melaksanakan tanggungjawab harian diraikan menerusi penganjuran Karnival Pesona Wanita DUN Dong 2026 yang menghimpunkan hampir 700 peserta, lapor wartawan Sinar Harian, Norawazni Yusof.

Exco Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, Datuk Fadzli Mohamad Kamal berkata, karnival tersebut diadakan sebagai penghargaan kepada golongan wanita yang banyak menyumbang tenaga dan masa dalam pelbagai aspek kehidupan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/806576/edisi/pahang/karnival-pesona-wanita-dun-dong-hargai-pengorbanan-golongan-wanita

Muzik: Michael Briguglio Fly Away dari soundstripe.com

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaTerkini #KarnivalPesonaWanitaDUNDong #Wanita
Transcript
00:00Pengorbanan dan khidmat bakti wanita dalam menguruskan keluarga dan melaksanakan tanggungjawab harian diraihkan menerusi penganjuran karnival persona wanita Dundong 2026
00:13yang menghimpunkan hampir 700 peserta.
00:16Eksko Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, Datuk Fazli Muhammad Kamal berkata, karnival tersebut diadakan sebagai penghargaan kepada golongan wanita yang
00:27banyak menyumbang tenaga dan masa dalam pelbagai aspek kehidupan.
00:31Karnival ini bagi menghargai sumbangan, pengorbanan, keringat, penat lelah, khidmat bakti wanita di Dundong ini.
00:42Hari ini adalah hari untuk mereka gembira keluar daripada kebiasaan dan kita menghargai kesejahteraan hidup mereka.
00:53Dan semata-mata sibuk dengan tugasan harian, tanggungjawab, menjaga keluarga dan sebagainya.
01:00Hari ini kita bagi sisi bahagia dan raihkan mereka.
01:06Jadi keunikan karnival persona wanita Dundong ini adalah ada penyataan daripada orang asli itu sendiri selain orang-orang Melayu kampung
01:18dengan pertandingan ratu cantik orang asli yang julung-julung kali diadakan.
01:24Malah pertandingan seperti ratu upaya dan pakaian teknisional ini pun tak pernah dibuat atau dilaksanakan di Dundong ini.
01:34Ujarnya, selain pertandingan, pemilihan ikon wanita Dundong turut diadakan bagi empat kategori iaitu kebajikan, pendidikan, ibu mitali dan usahawan.
01:45Fazli menambah, penyertaan dalam program itu melibatkan pelbagai peringkat umur dengan kategori ratu kebaya terbuka kepada peserta berusia 15 hingga
01:5540 tahun,
01:57manakala pertandingan pakaian tradisional disertai mereka yang berusia lebih 40 tahun.
02:02Menurutnya, sambutan yang diterima amat menggalakkan apabila karnival itu turut menarik kehadiran wanita dari seluruh daerah raup dan bukan hanya
02:12penduduk Dundong.
02:14Dalam pada itu, Fazli berkata karnival berkenaan akan diteruskan pada tahun depan dengan persiapan lebih rapi serta penglibatan lebih ramai
02:22penaja.

Recommended