00:06Tiga pegawai tentera udara diraja Malaysia TUDM dan tiga individu dihadapkan ke Mahkamah Magistrit Shah Alam pada Jumaat atas pertuduhan
00:15mengedar lebih 90 kg dadah jenis metafitamin 17 November lepas.
00:21Tertuduh ialah Amir Arifuddin Aminullah, Muhammad Arifauzan Muhammad Ali, Muhammad Amirul Faisal Rusdin, Tan Sui Sing, Nurhanis Syafiqah, Muhammad Amin
00:32dan Afifah Amdas.
00:33Masing-masing berusia antara 28 hingga 48 tahun.
00:39Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan memandangkan kes berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
00:44Mengikut pertuduhan, kesemua mereka didakwa secara bersama mengedar dadah jenis metafitamin dengan anggaran berat 96.2 kg di pengkalan udara
00:54Subang malam 17 November lepas.
00:57Justeru, mereka telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 39B-1-A Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah
01:06Seksyen 39B-2 Akta yang sama serta dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun Kesiksaan.
01:13Jika sambil kesalahan, boleh dikenakan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan juga hendaklah disebat tidak kurang dari 15 sebatan
01:21jika tidak dihukum dengan hukuman mati.
01:23Proseding di hadapan Magistrat Wan Nora Nisa Ngadirin itu diketuai Timbalan Pendakur Raya Ahmad Sazali Omar.
01:30Sementara itu, Amir Arifuddin diwakili Peguam Arif Azmi, Muhammad Arif diwakili Peguam Muhammad Amin, Muhammad Amirul diwakili Peguam Alif Ahmad
01:39Tarmizi, Tan diwakili Peguam Muhammad Arif Rafin,
01:42manakala dua lagi tertuduh wanita tidak diwakili Peguam.
01:45Mahkamah tidak menetapkan sebarang jaminan kepada kesemua tertuduh dengan tarikh sebutan semula kes ditetapkan pada 23 Februari tahun hadapan.