Lebih 270,000 pembayar cukai telah melaksanakan inisiatif e-invois sejak diperkenalkan secara berperingkat pada 2024, dengan jumlah penjanaan mencecah 2.23 bilion e-invois setakat ini.

Timbalan Menteri Kewangan yang juga Ahli Parlimen Iskandar Puteri berkata demikian ketika menjawab soalan mengenai jumlah perniagaan dengan jualan tahunan antara RM1 juta hingga RM3 juta yang melaksanakan sistem e-invois sejak 1 Januari 2026, sebelum ambang pengecualian dinaikkan pada 30 Ogos 2026, serta cadangan pampasan atau kredit cukai bagi kos pematuhan yang ditanggung.
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Transcript
00:00Untuk makluman ahli yang berhormat, sejak inisiatif e-invoice bermula secara berfasa pada tahun 2024 sehingga kini,
00:10lebih 270 ribu pembayar cukai telah melaksanakan inisiatif ini dengan penjanaan sejumlah 2.23 bilion e-invoice secara keseruhan.
00:22Daripada jumlah tersebut, seramai 5,500 pembayar cukai telah melaksanakan invoice dalam fasa 1,
00:3114,600 dalam fasa 2, 51,900 pembayar cukai bagi fasa 3 dan 26,000 pembayar cukai dalam fasa 4.
00:46Terdapat juga 172,000 pembayar cukai yang tidak berada di bawah mana-mana fasa namun telah turut melaksanakan invoice secara
00:56sukarela.
00:57Bagi pelaksanaan fasa 4, nilai ambang jualan tahunan telah dinaikkan daripada RM1 juta kepada RM3 juta
01:07seperti mana pengumuman yang amat berhormat Perdana Menteri pada 30 hari bulan Ogos 2026.
01:13Dengan kenaikan nilai ambang ini, pengiaga berjualan tahunan kurang daripada RM3 juta adalah dikecualikan daripada pelaksanaan e-invoice.
01:26Sungguh pun, begitu seramai 69,000 perusahaan mikro, kecil dan sederhana, PMKS,
01:33yang mempunyai jualan tahunan antara RM1 juta hingga RM3 juta telah melaksanakan e-invoice secara sukarela.
01:41Bagi membantu pengiaga mengurangkan tanggungan kos pematuhan e-invoice,
01:46kerajaan tidak memberi pampasan namun telah menyediakan insentif cukai yang layak dituntut oleh semua pengiagaan
01:54termasuklah kepada pengiaga yang dikecualikan daripada pelaksanaan e-invoice seperti berikut.
02:00Pertama, membenarkan tuntutan allowan modal dibuat secara sekaligus dalam tempoh satu tahun
02:08bagi pembelian peralatan ICT dan pakej perisian komputer yang untuk tahun taksiran 2026 hingga tahun 2027
02:18berbanding tuntutan dalam tempoh dua tahun seperti sebelum ini.
02:23Bermakna sebagai contoh, syarikat ABC telah membelanjakan RM10,000 untuk membeli komputer dan perisian perakaunan
02:31bagi tujuan melaksanakan e-invoice dalam tahun taksiran 2026.
02:36Syarikat layak menuntut keseruhan allowan modal sebanyak RM10,000 dalam tempoh tahun taksiran berkenaan.
02:43Tuntutan allowan secara sekaligus ini membolehkan syarikat menikmati penjimatan cukai dengan lebih awal
02:50dan dapat membantu meningkatkan aliran tunai pengiagaan.
02:54Kedua, potongan cukai turut diberikan ke atas kos yang dibelanjakan oleh pengiaga untuk mendapatkan
03:00hikmat perundingan e-invoice.
03:03Jumlah potongan cukai yang layak dituntut adalah sehingga RM50,000 setahun
03:08bagi tahun taksiran 2024 hingga tahun 2027.
03:13Ringkaskan jawapan.
03:14Sebagai contoh, syarikat XYZ telah melantik perunding bagi membantu syarikat membuat persediaan
03:23untuk melaksanakan e-invoice dengan kos perundingan yang dibelanjakan adalah sebanyak RM5,000.
03:29syarikat XYZ layak menuntut potongan cukai ke atas keseruhan kos perundingan tersebut
03:35untuk ditolak daripada pendapatan pengiagaan dalam penggiraan cukai syarikat.
03:41Sekiranya kadar cukai yang diterpakai ialah 15%, syarikat ini boleh menikmati penjimatan cukai sebanyak RM750.
03:53Terima kasih.

Recommended