00:00Seorang guru di sebuah sekolah menengah di Jelebu dihadapkan ke Mahkamah Session Seremban pada Rabu atas dua pertuduhan melakukan amang
00:08seksual terhadap seorang pelajar lelaki tingkatan 3, Ogos lalu.
00:13Tertuduh Muhammad Fariz Ar-Radi Muhammad Fazil, 29 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan jurubahasa dihadapan
00:23Hakim Ahmad Fuad Uthman.
00:24Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa yang ketika kejadian berusia 14 tahun 8 bulan sedangkan
00:34tertuduh mempunyai hubungan amanah sebagai guru kepada pelajar berkenaan.
00:40Kesalahan itu didakwa dilakukan di bilik guru sekolah terbabit antara jam 10 malam hingga 10.30 malam pada 17 Ogos
00:47lalu.
00:48Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 14 kurungan D Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 dan dibaca bersama Seksyen 16
00:58kurungan 1.
01:00Pertuduhan kedua pula tertuduh didakwa melakukan amang seksual bukan fizikal terhadap mangsa sama dengan menunjukkan video berunsur seksual menerusi media
01:09sosial menggunakan telefon bimbit di lokasi sama.
01:12Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 15 kurungan E Akta Sama dan dibaca bersama Seksyen 16 kurungan 1.
01:22Bagi kedua-dua pertuduhan tertuduh juga berdepan hukuman tambahan mengikut Seksyen 16 iaitu penjara tidak melebihi 5 tahun dan sebatan
01:30tidak kurang daripada 2 kali.
01:33Sebutan semula kes itu ditetapkan pada 22 Disember depan.