• 2 minutes ago
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata kajian melibatkan 1,686 responden itu memberikan gambaran mengenai persepsi rakyat terhadap prestasi kerajaan negeri dalam menangani isu serta melaksanakan dasar dan projek pembangunan yang memberi kesan kepada kehidupan mereka.
Transcript
00:00Tahap kepuasan rakyat terhadap prestasi kerajaan negeri Pulau Pinang mencapai 70.8% berdasarkan kajian Kepuasan Rakyat 2026 yang dijalankan
00:11Pining Institute tahun ini.
00:13Ketua Menteri Pulau Pinang Chao Konyo berkata kajian melibatkan 1,686 respon dan itu memberikan gambaran mengenai persepsi rakyat terhadap
00:22prestasi kerajaan negeri dalam melengani isu serta melaksanakan dasar dan projek pembangunan yang memberi kesan kepada kehidupan mereka.
00:32Konyo berkata dapatan kajian itu turut menunjukkan tahap kepuasan berbeza mengikut kumpulan umur dan etnik sekaligus perlu diberi perhatian oleh
00:40kepimpinan kerajaan negeri.
00:41Antara yang menarik golongan berusia 15 hingga 24 tahun menunjukkan tahap kepuasan melebihi purata iaitu 86% terhadap kerajaan negeri.
00:50Manakala bagi golongan berusia 60 hingga 74 tahun, tahap kepuasan terhadap kerajaan negeri ialah 72%.
00:57Mengenai dapatan mengikut kumpulan etnik, beliau berkata tahap kepuasan masyarakat Cina terhadap kerajaan negeri ialah 66%, masyarakat Melayu mencatatkan 74%,
01:08manakala masyarakat India 82%.
01:11Beliau turut memaklumkan berdasarkan kajian kepuasan rakyat, tahap kepuasan rakyat terhadap kerajaan persekutuan adalah 59.6%.
01:21Konyo berkata walaupun kajian itu hanya melibatkan 1,686 responden, saiz sampel berkenaan berdasarkan metodologi kajian boleh mewakili populasi rakyat
01:31Pulau Pinang.
01:32Sehubungan dengan itu, beliau mengingatkan semua pemimpin kerajaan negeri, wakil rakyat, ahli majlis serta agensi kerajaan supaya terus meningkatkan prestasi
01:41penyampaian perkhidmatan kerana pencapaian agensi turut mencerminkan prestasi kepimpinan kerajaan.
01:47Konyo turut menegaskan keyakinannya bahawa beliau selaku ketua menteri tidak akan membenarkan Pulau Pinang tewas pada pilihan raya akan datang.
01:55Namun usaha berterusan dan kerjasama semua pihak diperlukan untuk mencapai matlamat itu.
02:01Terima kasih telah menonton!

Recommended