00:00Bomba mengesahkan lokasi kebakaran mengorbankan dua kanak-kanak di Kampung Teloi Tua di Sik
00:05ialah sebuah pejabat pengurusan bersebelahan pusat penyimpanan tonggas petrolium cecair, LPG.
00:12Timbalan Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, JBPM Kedah,
00:17penguasa bomba Brian Del Bungkias, berkata kedua-dua mangsa ditemukan rentung
00:22berpelukan atas katil dalam pejabat terbabit.
00:25Punca kejadian masih dalam siasatan.
00:27Brian berkata siasatan awal mendapati kebakaran tidak mempunyai kaitan dengan tonggas
00:33memandangkan jarak antara pejabat dan pusat penyimpanan LPG agak jauh
00:37dan tidak berada dalam bangunan yang sama.
00:40Menurutnya, setakat ini maklumat mendapati tiada tonggas di tempat kejadian.
00:45Beliau berkata rakaman CCTV akan diteliti dari bangunan berdekatan
00:49bagi mendapatkan maklumat berhubung kejadian.
00:52Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sik, Superintenden Syamzuri Saman,
00:56berkata mangsa pertama dikenali Aisyah Umairah Abdul Latif, 16 bulan,
01:01dan abangnya Mohamad Raifal Abdul Latif, 3 tahun.
01:05Menurutnya, hasil siasatan mendapati kedua-dua mangsa tinggal bersama ibu
01:09berusia 23 tahun yang tidak bekerja dan menumpang sementara bersama
01:13Datuk Mangsa berdekatan lokasi kejadian.
01:16Datuk Mangsa berusia 42 tahun, bekerja sebagai kelindan lori tonggas
01:21berada di bilik lain lebih kurang 50 meter dari tempat kejadian.