00:00Kerajaan Selangor menyasarkan untuk mengekalkan Rizab Negeri pada paras antara 3.5 bilion ringgit hingga 4.5 bilion ringgit bagi
00:09memastikan kedudukan kewangan kekal stabil, selain memberi ruang kepada pelaksanaan pelbagai inisiatif untuk manfaat rakyat.
00:17Menteri Besar Datuk Seri Amiruddin Syari berkata sehingga 14 September lalu, Rizab Negeri adalah sebanyak 5.18 bilion ringgit. Namun
00:27jumlah itu dijangka berkurangan susulan beberapa komitmen kewangan dan pelaksanaan inisiatif Kerajaan Negeri.
00:35Menurutnya, berdasarkan komitmen berkenaan, Rizab Negeri dijangka tidak akan melebihi 5 bilion ringgit. Beliau berkata Rizab Negeri Selangor tidak boleh
00:43terlalu tinggi maupun terlalu rendah sehingga 1.8 bilion ringgit atau 2.1 bilion ringgit.
00:51Amiruddin berkata perkara itu akan dimaklumkan dalam Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri MMKN bagi membolehkan pendekatan pengurusan Rizab Negeri diteliti.
01:02Beliau berkata sebahagian daripada Rizab yang tersedia boleh digunakan untuk melaksanakan perbelanjaan dan inisiatif bersesuaian. Ia termasuk memastikan pentadbiran negeri
01:11serta penyesuaian terhadap perubahan semasa dapat memberi kesan positif kepada rakyat.
01:16Dalam pembentangan belanjawan lalu, Amiruddin menjelaskan Rizab Semasa Negeri terdiri daripada akaun hasil disatukan berjumlah 1.71 bilion ringgit dan
01:27akaun amanah disatukan sebanyak 3.41 bilion ringgit.
01:32Selain itu, beliau berkata kutipan hasil negeri turut meningkat, mencecah 2.956 bilion ringgit setakat 11 November lalu, mengatasi sasaran
01:41ditetapkan bagi keseluruhan tahun ini.