• 1 hour ago
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah kesal memberikan sokongan penuh kepada Presiden China, Xi Jinping, meskipun berdepan pelbagai tekanan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan komitmen Malaysia untuk terus memperkukuh hubungan dua hala dengan China
00:07meskipun berdepan pelbagai tekanan, susulan peneriannya menyokong kepimpinan Presiden Xi Jinping
00:13Beliau berkata penerian itu didorong keyakinannya terhadap kepimpinan Xi Jinping
00:18khususnya dalam usaha merapatkan hubungan kuasa besar dunia dan menggalakkan keamanan ketika berdepan ketidaktentuan geopolitik
00:28Menurut Anwar, keupayaan Xi Jinping menghimpunkan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dan Presiden Rusia Vladimir Putin
00:35merupakan satu pencapaian yang tidak mampu dilakukan oleh kebanyakan pemimpin dunia
00:40Beliau menyifatkan usaha itu sebagai sesuatu yang penting khususnya kepada negara membangun yang memerlukan kepimpinan berwibawa
00:48pijaksana dan berani dalam menangani cabaran global
00:52Dalam pada itu, Anwar turut memuji kejayaan China menganjurkan minggu pemimpin ekonomi kerjasama ekonomi Asia Pasifik APEC
01:00termasuk kemudahan infrastruktur serta pengurusan acara yang disifatkan amat mengagumkan
01:07Katanya, delegasi Malaysia turut tertarik dengan aspek pengurusan dan layanan yang diberikan sepanjang acara berkenaan
01:14Malah berharap beberapa pendekatan China dapat dicontohi untuk dilaksanakan di Malaysia
01:19Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan alu-aluan pada pertemuan dua hala bersama Xi Jinping
01:25di rumah tetamu negara Chilin Villa pada Jumaat
01:28Anwar turut menyifatkan lawatan beliau ke Shanghai dan Hangzhou pada September lalu
01:33termasuk pertemuan dengan Perdana Menteri China Li Chang
01:36sebagai usaha memperkukuh hubungan dua hala serta memperluas kerjasama dalam beberapa bidang
01:42Terima kasih kerana menonton!

Recommended