00:00Malaysia Tech Olympics 2026 menyaksikan Pahang muncul juara keseluruhan selepas mengumpul 5 pingat emas sekaligus mengetepikan saingan negeri lain dalam
00:09pertandingan yang menghimpunkan 3.19 juta penyertaan di seluruh negara.
00:16Sementara Selangor di tempat kedua, manakala Melaka mencuduki kedudukan ketiga, Kelantan pula muncul negeri dengan penyertaan tertinggi apabila merekodkan 1
00:25.06 juta penyertaan sepanjang penganjuran dari Jun hingga November.
00:31Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Datuk Chang Lih Kang berkata, sambutan memperangsangkan itu membuktikan negara berupaya menarik minat lebih ramai
00:40pelajar terhadap bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik atau STEM.
00:45Sebanyak 54 acara dipertandingkan pada peringkat akhir kebangsaan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Maib, Serdang termasuk cabaran robot tempur, inovasi
00:55AI Malaysia, reka bentuk 3 dimensi 3D, siasatan jenayah dan cabaran pengendalian drone.
01:03Murid program pendidikan khas integrasi PPKI turut mengambil bahagian melalui cabaran mencipta robot dan Inovatech.
01:10Chang menyaksikan Malaysia akan berkembang sebagai pertandingan bertaraf antarbangsa menerusi program berkenaan bagi memberi peluang kepada pelajar tempatan menguji keupayaan
01:20bersama peserta luar negara.