00:00Usaha memperluas akses saringan percuma kanser payudara khususnya kepada wanita di kawasan luar bandar dan pedalaman Sabah terus diberi perhatian.
00:09Pembantu Menteri Wanita Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Rina Jainal berkata kemudahan saringan percuma sudah disediakan menerusi klinik kesihatan
00:20selain pendekatan turun padang oleh pihak hospital bagi mendekati masyarakat yang suka mendapatkan akses perkhidmatan kesihatan.
00:30Saringan percuma ini memang kita buat di klinik kesihatan, sebab klinik kesihatan di kampung-kampung sendiri ada terpaksa sehingga pihak
00:37hospital terpaksa buat outreach, keluar ke kawasan untuk membuat program kesedaran ini.
00:43Maksudnya kita tidak menunggu, kita malah willingly keluar untuk sentiasa melakukan pendekatan menyeluruh.
00:51Menurut Rina, rekod pengesanan di hospital menunjukkan antara 60 hingga 80 kes kanser payudara dikesan dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan
01:01ini
01:01dengan hampir separuh daripadanya membabitkan pesakit yang baru pertama kali didiagnosis.
01:09Pendekatan turun padang itu membuktikan usaha kerajaan negeri bukan hanya tertumpu kepada penyediaan kemudahan di hospital,
01:16sebaliknya turut membawa perkhidmatan dan maklumat kesihatan lebih dekat kepada masyarakat luar bandar.
01:22Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan program Jelajah Kesedaran Kanser Payudara Tawau 2026 di Hospital Tawau pada Rabu.
Comments