• 12 minutes ago
Ringgit kekal stabil pada suku ketiga 2026 dengan penyusutan 0.2 peratus berbanding dolar AS, disokong prospek ekonomi negara yang positif.
Transcript
00:00Ringgit kekal stabil berbanding dolar Amerika Syarikat pada suku ketiga 2026 dengan penyusutan 0.2% berbanding 0.8%
00:09pada suku sebelumnya.
00:11Bank Negara Malaysia BNM memaklumkan prestasi mata wang tempatan terus disokong prospek ekonomi negara yang positif, pertumbuhan ekonomi berdaya tahan
00:21serta komitmen kerajaan melaksanakan reformasi struktur.
00:27Menerusi kenyataan perkembangan ekonomi dan kewangan Malaysia bagi suku ketiga 2026 pada Rabu, BNM menjelaskan ringgit mencatat penyusutan 0.8
00:37% berbanding dolar Amerika sejak awal tahun hingga 16 November.
00:42Dalam tempoh sama, ringgit turut menyusut 0.5% berbanding mata wang rakan dagang utama berdasarkan indeks kadar pertukaran efektif
00:52nominal atau NEER.
00:55Menurut BNM, pergerakan kadar pertukaran ringgit dijangka terus dipengaruhi perkembangan luaran termasuk perubahan dalam persekitaran ekonomi global.
01:04Sehubungan itu, Bank Pusat akan terus memantau rapat perkembangan global bagi memastikan pasaran pertukaran asing domestik berfungsi secara teratur.
01:12Dalam kenyataan sama, BNM memaklumkan ekonomi Malaysia berkembang 5.5% pada suku ketiga disokong prestasi ekspor yang kukuh serta
01:23pengembangan berterusan permintaan domestik.
01:26Terima kasih telah menonton!

Recommended